Malaysia tak hantar jemaah haji

PUTRAJAYA  – Malaysia menangguhkan pemergian jemaah haji bagi Musim Haji 1441 Hijrah ke tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis 13 Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020, ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 Hijrah adalah ditangguhkan.

“Saya nyatakan dengan tulus ikhlas bahawa ini adalah keputusan yang amat berat untuk diluahkan. Tanah Suci adalah segala-galanya bagi umat Islam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Zulkifli berkata apabila bertembung dua keadaan iaitu yang boleh mendatangkan kebaikan atau kerosakan dalam melakukan sesuatu perkara atau dalam mengelakkan sesuatu, maka syarak telah menetapkan bahawa hendaklah dielakkan perkara yang boleh mendatangkan kerosakan terlebih dahulu kemudian barulah dilakukan perkara yang boleh mendatangkan kebaikan dengan syarat maslahah tersebut terlalu sedikit berbanding kerosakan yang bakal terjadi. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts