Negara Islam tuntut tindakan selepas pembakaran al-Quran

GENEVA: Negara-negara Islam, termasuk Iran dan Pakistan mengusulkan pihak yang mencetuskan kebencian agama dengan mencemarkan al-Quran diminta untuk bertanggungjawab kerana menggalakkan kebencian, keganasan dan menyinggung perasaan lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

Usul itu diminta ketika Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membahaskan usul yang dipertikaikan susulan insiden pembakaran al-Quran di luar masjid Stockholm, Sweden oleh seorang pendatang Iraq hingga mencetuskan kemarahan di seluruh dunia Islam dan protes di beberapa bandar Pakistan.

Usul yang dibawa oleh Pakistan itu sebagai tindak balas kepada insiden bulan lalu dan meminta laporan daripada ketua hak PBB mengenai perkara berkenaan.

Pakistan juga menyeru negara-negara untuk mengkaji semula undang-undang mereka dan menutup jurang yang mungkin ‘menghalang pencegahan dan pendakwaan perbuatan dan sokongan kebencian agama’.

Secara tidak langsung, perbahasan itu menyerlahkan perpecahan antara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) iaitu kumpulan Muslim dan ahli Barat yang bimbang mengenai implikasi usul terbabit untuk kebebasan bersuara dan cabaran yang ditimbulkan kepada amalan yang sekian lama dipegang dalam perlindungan hak.

Menteri Luar Pakistan, Bilawal Bhutto-Zardari, berkata perkara hasutan kepada kebencian agama, diskriminasi dan cubaan untuk mencetuskan keganasan perlu dilihat dengan jelas.

“Tindakan sedemikian berlaku di bawah sekatan kerajaan dan tanpa rasa tidak akan dihukum,” katanya.

Kenyataannya itu turut disuarakan oleh menteri dari Iran, Arab Saudi dan Indonesia dengan menyebutnya sebagai tindakan ‘Islamofobia’.

“Berhenti menyalahgunakan kebebasan bersuara. Diam bermakna bersubahat,” kata Menteri Luar, Retno Marsudi.

Duta Jerman, Katharina Stasch menyebut pembakaran itu sebagai ‘provokasi yang mengerikan’ dan mengutuknya.

“Kebebasan bersuara kadang-kala juga bermakna untuk mengemukakan pendapat yang mungkin kelihatan hampir tidak dapat ditanggung,” katanya.

Duta Perancis pula berkata, hak asasi manusia adalah mengenai melindungi orang, bukan agama dan simbol mereka.

Dalam pada itu, diplomat menyatakan rundingan itu tidak membawa kepada kejayaan semalam dan mengharapkan undian yang hampir pasti akan lulus kerana negara-negara OIC membentuk 19 daripada 47 anggota itu turut mendapat sokongan daripada China dan lain-lain.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk, berkata tindakan menghasut terhadap orang Islam serta agama atau minoriti lain adalah ‘menyinggung perasaan, tidak bertanggungjawab dan salah’. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts