Syarikat asing pesaing utama ekonomi umat Islam

SHAH ALAM – Syarikat asing dikenal pasti sebagai pesaing utama ekonomi umat Islam di negara ini apabila mendominasi beberapa sektor utama khususnya di bahagian peruncitan.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, 60 peratus daripada pasaran runcit dalam negara yang berjumlah lebih RM100 bilion dikuasai oleh syarikat asing yang beroperasi dalam negara.

“Jadi, setelah diperhalusi syarikat asinglah yang mengambil kekayaan negara daripada perbelanjaan yang kita lakukan,” katanya ketika berucap pada Kongres Ekonomi Rakyat yang diadakan secara maya pada Ahad.

Kongres Ekonomi Rakyat yang dianjurkan oleh Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 diadakan bertujuan untuk merumuskan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat (PTER).

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata, punca kepada kurangnya penglibatan umat Islam khususnya orang Melayu dalam sektor peruncitan adalah kerana kebanyakan usahawan hanya memberikan tumpuan kepada sektor perbekalan kerajaan.

Bagi mengatasi perkara tersebut, beliau berkata, usahawan Muslim perlu mula melibatkan diri dalam beberapa sektor strategik yang dicadangkan iaitu sektor makanan, pendidikan, ternakan, perumahan, pengilangan dan pasar raya.

Bagaimanapun menurutnya, usaha tersebut tidak akan berjaya sekiranya rakyat hanya mengharapkan kempen beli barangan tempatan atau Muslim yang pernah digerakkan sebelum ini.

Sebaliknya beliau berkata, rakyat perlu mula berusaha untuk mewujudkan sebuah ekosistem ekonomi berasaskan kepada pemerkasaaan institusi koperasi dalam negara.

“Koperasi ini ahlinya terdiri daripada penggunanya sendiri. Jadi, kita akan berbelanja dalam kedai yang kita miliki secara tidak langsung,” jelasnya. -Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts