60,000 mati di penjara kerajaan Syria

44b84fc41b9143c4b054350ebeaa12a4_18

 

ALEPPO (Syria), Ahad – Lebih 60,000 orang telah terbunuh melalui cara penyeksaan atau mati dalam keadaan mengerikan di dalam penjara kerajaan Syria sepanjang pemberontakan yang telah berlaku lima tahun di negara itu.

Jumlah itu diperolehi daripada sumber-sumber kerajaan Syria, Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di United Kingdom, semalam.

“Sejak Mac 2011, sekurang-kurangnya 60,000 orang kehilangan nyawa mereka dek kerana seksaan atau keadaan mengerikan, terutamanya kekurangan ubat atau makanan, di penjara rejim,” kata wakil Balai Cerap, Rami Abdel Rahman.

Walaupun konflik Syria bermula dengan protes terhadap Presiden Syria Bashar al-Assad, ianya dengan cepat merebak menjadi perang saudara di antara kumpulan kerajaan dan pemberontak.

Seorang penyelidik Timur Tengah, Human Rights Watch (HRW), Nadim Houry, yang berpusat di Beirut mengecam kerajaan Syria atas “penyeksaan berleluasa”.

Menjelaskan bahawa HRW tidak dapat mengesahkan statistik Balai Cerap, Houry memberitahu Al Jazeera: “Kami telah mengetahui bagaimana buruk keadaan di dalam pusat tahanan untuk sekian lama, dan ramai yang telah meninggal dunia di dalam,” katanya.

Dalam laporan yang diterbitkan pada bulan Disember, HRW membuat kesimpulan bahawa Caesar photographs, iaitu gambar-gambar yang mendokumenkan kematian lebih 28,000 tahanan kerajaan yang telah diseludup keluar dari negara itu membuktikan bahawa kerajaan telah melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

“Walaupun seluruh dunia telah menyaksikan penahanan besar-besaran dan kematian dalam gambar-gambar Ceasar dan walaupun dengan terdedahnya semua ini, namun tiada tindak balas dari dunia,” katanya.

Sumber : ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts