8 masjid Arab Saudi ditutup sementara

 

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi menutup sementara lapan masjid di tiga wilayah, semalam, selepas 10 ahli jemaah didapati positif COVID-19.

Arab News melaporkan, Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan berkata, ia membabitkan enam masjid di Riyadh dan masing-masing sebuah di Madinah serta Tabuk.

Kementerian itu juga memaklumkan, sebanyak 236 masjid telah ditutup dalam tempoh 29 hari lalu.

Daripada jumlah itu, 224 masjid sudah dibuka semula selepas menjalani proses sanitasi dan langkah diambil bagi melindungi keselamatan orang awam.

Menurut kementerian itu lagi, enam masjid ditutup sebelum ini telah dibuka semula di Makkah, Qassim dan Wilayah Timur selepas pelaksanaan proses sanitasi serta penyelenggaraan.

Kementerian itu menggesa kakitangan masjid dan jemaah supaya mematuhi semua langkah berjaga-jaga ditetapkan, selain melaporkan sebarang pelanggaran atau masalah pematuhan protokol kesihatan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts