Warga sekolah sumbang lebih RM50 ribu kepada Palestin dan Syria

Seremban – Sebanyak 15 sekolah dan persatuan telah menyertai Kempen Tabung Ramadhan Kareem bermula Mei hingga Julai 2019 bagi mengumpul sumbangan Ramadhan beserta duit raya untuk Palestin dan Syria.

Kempen yang dianjurkan oleh Aman Palestin Cawangan Negeri Sembilan ini telah berjaya mengumpulkan sumbangan yang berjumlah RM100,800 melalui edaran tabung kepada para peserta individu dan berkumpulan melalui kerjasama antara kedua belah pihak.

Selain berpeluang untuk menyumbang dalam bentuk kewangan, kerjasama ini juga telah memberikan ruang kepada para peserta yang terlibat untuk membawa mesej kepada masyarakat awam agar berterusan menyokong dan mendokong kelangsungan hidup Rakyat Palestin dan Syria dalam mengharungi konflik dan krisis kemanusiaan yang kian berlarutan di negara mereka.

“Semoga sumbangan yang diberikan ini bakal menjadi imbangan amal yang berterusan biarpun sedikit buat kita semua”. Demikian ucapan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) Datin Zainah Binti Ahmad Sisman, bagi mewakili warga sekolah yang telah berjaya mengumpulkan sumbangan tertinggi bagi kempen yang dijalankan pada tahun ini dengan jumlah kutipan sebanyak RM51,020 melebihi separuh daripada jumlah kutipan keseluruhan.

Kempen yang telah memasuki tahun kedua penganjuran dengan kerjasama strategik ini, bakal diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan membuka ruang yang lebih luas lagi kepada semua pihak melalui persatuan mahupun individu yang mahu melibatkan diri secara langsung ataupun tidak langsung dengan kempen ini.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts