Erdogan: Melindungi Baitul Maqdis adalah kewajipan setiap muslim

erdogan

 

ISTANBUL – Presiden Turki menggesa semua umat Islam untuk mempertahankan tuntutan-tuntutan perjuangan Palestin dan adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk mempertahankan Baitul Maqdis.

Berucap di Istanbul ketika simposium parlimen berkaitan Baitul Maqdis, Erdogan berkata, “Adalah menjadi tanggungjawab bersama semua umat Islam mempertahankan tuntutan perjuangan ke atas Palestin dan melindungi Baitul Maqdis” dan kerja-kerja melindungi Masjid al Aqsa tidak sepatutnya diserahkan kepada kanak-kanak yang tidak bersenjatakan apa-apa melainkan batu-batu di jalanan.

Erdogan juga menyelar undang-undang baru yang dicadangkan Israel di mana Israel telah mengenakan sekatan “limitasi bunyi” di sesetengah tempat ibadat di Baitul Maqdis di mana undang-undang ini dilihati sebagai satu muslihat untuk melenyapkan laungan azan yang digunakan oleh umat Islam di sana.

Erdogan mengkritik undang-undang itu sebagai “tidak rasional” dan “tidak berhati perut”.

Memfokuskan pada “dasar penindasan dan krisriminasi terhadap rakyat Palestin”, Presiden Turki itu turut menegaskan bahawa kerja-kerja melindungi Al Aqsa tidak patut diserahkan kepada kanak-kanak.

UNESCO telah meyampaikan sebuah resolusi pada bulan lepas di mana badan itu telah mengkritik Israel kerana menyekat umat Islam daripada pergi ke masjid.

Israel telah menceroboh Timur Baitul Maqdis semasa Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan mengisytiharkan negara haram Israel pada tahun 1980, satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.

Sempadan 1967

Erdogan juga telah mempertikaikan keperluan “Solusi dua negara” yang melibatkan Palestin dan Israel dalam sempadan pra-1967.

“Satu-satunya cara untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Timur Tengah adalah dengan memberikan kemerdekaan dan kebebasan kepada Palestin dengan menjadikan Timur Baitul Maqdis sebagai ibu kota,” kata Erdogan.

Beliau menambah, “Adalah tidak mustahil untuk mencapai keamanan di rantau ini tanpa sebarang pertumpahan darah.”

Kritikan yang dilemparkan oleh Presiden Turki itu berkemungkinan tidak akan disukai oleh kerajaan haram Israel yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Israel dan Turki baru sahaja memperbaiki hubungan diplomatik yang retak selama 6 tahun, akibat tindakan seorang komando Israel yang telah membunuh seorang aktivitis Turki di atas insiden kapal Flotilla di mana kapal itu dalam pelayaran menghantar bantuan kepada penduduk Gaza. – aljazeera

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts