Aktivis Muna dan Mohammed al-Kurd dibebaskan dari tahanan Zionis

 

BAITULMAQDIS – Aktivis Muna al-Kurd dan Mohammed al-Kurd, yang sentiasa ke hadapan dalam kempen untuk menghentikan pengusiran penduduk Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur, telah dibebaskan daripada tahanan beberapa jam setelah mereka ditangkap oleh polis Israel.

“Tidak kira apa yang mereka lakukan untuk menakut-nakutkan dan bertindak ganas, tiada penangkapan yang akan menakutkan kami.

“Kami akan tinggal di rumah kami dan kami akan terus mempertahankan tanah tempat kami dilahirkan dan dibesarkan,” kata Muna kepada wartawan selepas pembebasannya pada hari Ahad.

Sementara itu, kembarnya, Mohammed memberitahu wartawan: “Kami tidak takut, kami tidak goyah, kami akan terus bersuara menentang semua ketidakadilan ini, dan kami akan terus melindungi rumah kami.”

Rakaman di media sosial pada hari Ahad menunjukkan Muna, 23, yang keluarganya menghadapi pengusiran dari rumah mereka di Sheikh Jarrah setelah penceroboh haram Yahudi memenangi keputusan mahkamah Israel, digari dan ditahan pegawai Zionis.

Saudara kembarnya, Mohammed kemudian menyerahkan diri ke balai polis setelah menerima saman, kata ayah mereka. Kedua-duanya dibebaskan beberapa jam kemudian.

Penyokong mereka mengatakan bahawa penahanan kembar itu adalah sebahagian daripada usaha Israel yang lebih luas untuk menghentikan penentangan terhadap pengusiran di Sheikh Jarrah, di mana penceroboh haram Yahudi ingin berpindah ke rumah El-Kurd dan yang lain di bawah perintah mahkamah.

Penahanan itu berlaku sehari selepas polis di Sheikh Jarrah menangkap seorang wartawan dengan rangkaian media Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar, Givara Budeiri, yang membuat liputan tunjuk perasaan di sana.

Dia ditahan selama empat jam sebelum dibebaskan dan dihantar ke hospital dengan tangan yang patah. Tidak jelas bagaimana tangannya patah, tetapi majikannya menyalahkan penganiayaan polis. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts