Bukan semua nikmat ditayangkan

1. Dialog Nabi Ya’qub dan Nabi Yusuf sangat menarik untuk direnungi. Nabi Ya’qub berpesan kepada anaknya Nabi Yusuf agar jangan menceritakan mimpi beliau kepada abang-abangnya kerana bimbang ia akan disalah erti atau nikmat yang dikurniakan kepadanya akan menimbulkan perasaan dengki dan irihari. Firman Allah:

قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

“Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Surah Yusuf: 5)

2. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa adakalanya nikmat yang dikurniakan kepada kita perlu untuk tidak ditayangkan, apatah lagi diceritakan kepada orang ramai kerana ia berupaya menimbulakn reaksi yang tidak dijangka. Kata al-Tantawi:

أنه يجوز للإنسان فى بعض الأوقات أن يخفى بعض النعم التى أنعم الله بها عليه ، خشية حسد الحاسدين ، أو عدوان المعتدين

“Sesungguhnya harus bagi seorang insan itu dalam sesetengah keadaan untuk menyembunyikan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, kerana bimbang (nikmat tersebut berupaya) menimbulkan hasad dengki atau permusuhan dari orang yang memusuhi.” (Tafsir al-Wasit)

3. Perhatikan juga lafaz yang digunakan oleh Nabi Ya’qub ini adalah mengenai penyampaian secara verbal, iaitu jangan diceritakan perkara itu kepada orang lain. Apa yang berlaku pada hari ini terkadang bukan sahaja diceritakan malah ditayangkan dalam platform media sosial yang mungkin mengundang respon yang berbeza.

4. Pada hakikatnya tidak salah berkongsikan nikmat yang dikurniakan kepada kita. Namun sekiranya kita bimbang akan reaksi yang negatif, maka sewajarnya kita pertimbangkan semula hasrat tersebut. Kata al-Imam al-Qurtubi:

وفيها أيضا ما يدل على جواز ترك إظهار النعمة عند من تخشى غائلته حسدا وكيدا

“Dan daripada ayat ini juga terdapat pengajaran bahawa harus bagi kita untuk meninggalkan (menjauhkan) diri dari menzahirkan nikmat yang dikurniakan kepada kita sekiranya kita bimbang dengan perkara tersebut akan menimbulkan hasad dengki dan tipu daya.” (Tafsir al-Qurtubi)

5. Dan ayat al-Quran ini ditutup dengan peringatan bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata, yang berperanan meniupkan api kebencian dan dengki dalam jiwa manusia sehingga mereka saling berbalah sekalipun dalam kalangan adik-beradik sendiri.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts