Integrasi Masih Belum Mencapai Matlamat Sebenar, Keperluan Memperkukuh Pendekatan Asimilasi Semakin Mendesak

BANGI, 22 Jamadilawal – Presiden IDENTITI, Islah Wahyudi Zainudin, menegaskan bahawa proses integrasi di Malaysia masih belum mencapai matlamat sebenar, dan menyeru agar pendekatan asimilasi diperkukuh dalam usaha membentuk identiti negara berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut istilah seperti Cina, India, Tamil, Myanmar, Bangladesh, Nepal atau Taiwan, sebaliknya menekankan Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu, dan bahasa kebangsaan sebagai asas utama pembinaan identiti Malaysia.

“Identiti Malaysia harus berpaksikan Perlembagaan Persekutuan serta berpijak pada akar bangsa asal, iaitu Melayu, Orang Asli, dan bumiputera Sabah dan Sarawak,” ujarnya.

Islah menambah, pendekatan asimilasi wajar diberi perhatian bagi memperkukuh perpaduan nasional dan pembinaan identiti kebangsaan. Beliau menyatakan bahawa masih terdapat segelintir masyarakat bukan Melayu yang mengekalkan identiti asal nenek moyang mereka serta belum menguasai bahasa Melayu sepenuhnya.

Beliau turut menekankan kepentingan penggunaan nama dan bahasa tempatan sebagai sebahagian daripada proses pembinaan identiti kebangsaan, dengan menyarankan agar nama dan bahasa yang digunakan lebih mencerminkan citra tempatan.

Pada masa yang sama, beliau menggesa supaya Sekolah Jenis Kebangsaan dimansuhkan dan bahasa Melayu diperkasakan sebagai bahasa kebangsaan. Dalam masa yang sama, Islam, institusi Raja-Raja Melayu, dan hak Bumiputera perlu terus dijadikan tonggak utama dalam pembentukan identiti negara bangsa.

Pengukuhan identiti kebangsaan melalui bahasa, agama, institusi raja, dan hak Bumiputera merupakan langkah penting bagi menjamin perpaduan serta kestabilan negara pada masa depan,” tegasnya.

Sumber: TV Pertiwi

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts