Jakarta, 14 Disember 2025 – Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) melaporkan bahawa korban akibat banjir dan tanah runtuh di Aceh, Sumatera Utara, dan Sumatera Barat kini mencecah 1,016 orang, dengan 212 masih hilang dan 624,670 orang mengungsi, setakat Ahad 14 Disember 2025.
Kepala Pusat Data, Informasi, dan Komunikasi Kebencanaan BNPB, Abdul Muhari, menyatakan bahawa jumlah pengungsi menurun sebanyak 29,972 orang berbanding laporan sebelumnya kerana ramai penduduk, khususnya di Aceh Utara, telah berpindah dari posko pengungsian ke rumah saudara atau kerabat yang tidak terjejas teruk. Namun, keperluan asas seperti makanan masih belum mencukupi bagi mereka.
“Pindah ke rumah saudara atau kerabat yang rumahnya tidak parah. Namun, kebutuhan makan belum terpenuhi sehingga masih kami sebut pengungsi,” kata Abdul Muhari dalam sidang media dalam talian.
Statistik korban mengikut provinsi adalah seperti berikut: Aceh 424 orang, Sumatera Utara 349 orang, dan Sumatera Barat 243 orang. Sebelumnya pada 13 Disember 2025, jumlah korban dilaporkan sebanyak 1,006 orang, dengan perincian Aceh 415 orang, Sumatera Utara 349 orang, dan Sumatera Barat 242 orang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan di seluruh kawasan terjejas: lima sektor di Sumatera Utara, lima sektor di Sumatera Barat, dan empat sektor di Aceh. Abdul Muhari menekankan bahawa usaha bantuan dan evakuasi terus dilakukan bagi menyelamatkan mereka yang masih terperangkap dan memastikan pengagihan bantuan kemanusiaan dapat dijalankan secara berkesan.
Jumlah pengungsi keseluruhan juga menunjukkan penurunan ketara, daripada 884,889 orang sebelumnya kepada 654,642 orang, terutamanya di Provinsi Aceh, sebagai hasil perpindahan penduduk ke tempat yang lebih selamat.
Situasi bencana ini mencerminkan tahap keseriusan banjir dan tanah runtuh di Sumatera, di mana ribuan rumah musnah, infrastruktur rosak, dan banyak keluarga kini hidup serba kekurangan. BNPB menegaskan bahawa operasi bantuan dan pemulihan akan terus dipercepatkan bagi meringankan beban mangsa dan memastikan keselamatan penduduk terjejas.
Sumber: BERNAMA
📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam








