Abdullahi An-Na’im dan perangkap sekularisme

 

DALAM perjuangan Islam ada banyak perangkap, antara perangkapnya adalah sekularisasi dan liberalisasi. Ramai daripada pendokong gerakan Islam yang beralih angin daripada Islamis menjadi pendukung sekularisme dan liberalisme.

Bagi mereka ia kelihatan lebih memikat, progressif, pragmatik dan universal. Oleh kerana sesuai dengan nilai-nilai moden (Barat) maka lebih mudah untuk mereka mencapai tujuan. Jika tujuan daripada perjuangan mereka adalah kekuasaan, maka dengan sokongan dan dana daripada Barat kekuasaan lebih mudah dicapai. Adapun simbol Islam hanyalah menjadi tempelan, make up, yang boleh diketepikan apabila perlu.

 

Image result for Abdullahi An-Na'im

 

Abdullahi An-Na’im yang merupakan seorang profesor berasal dari Sudan dan menetap di Amerika mempunyai pendidikan dalam bidang undang-undang dari Cambridge dan Edinburgh. Beliau telah diusir dari Sudan kerana pandangan-pandangannya yang ekstrim dan dianggap telah murtad. Beliau lebih layak berbicara tentang undang-undang Barat daripada berbicara tentang hukum Islam.

Namun beliau telah menulis tentang reformasi hukum Islam dan bukunya tentang Reformasi Islam ini telah diterjemahkan dan diterbitkan di Malaysia oleh IRF dan pada 25 Mei 2019 buku ini akan dilancarkan dengan kehadiran penulisnya sendiri. Pelancaran buku ini juga mendapat kerjasama Persatuan Pensyarah UIAM.

Tidak lama dahulu, Abdullahi al-Na’im telah menulis tentang Negara Sekular, bahawa Shari’ah tidak dapat dilaksanakan dalam sesebuah negara, kerana sesuatu dasar kerajaan tidak dapat dibuat atas dasar firman Tuhan, jika itu berlaku ia akan menjadi kuasa absolutis. Sebaliknya negara perlu neutral, perlu tunduk kepada hak asasi manusia, prinsip-prinsip demokrasi dan konstitusionalisme. Baginya Shari’ah akan memiliki masa depan dalam sebuah negara sekular kerana setiap orang akan bebas untuk menerima dan menolak, merombak bahkan mempertikaikan hukum, doktrin dan prinsip agama.

Sejak tahun 1990 melalui bukunya Towards An Islamic Reformation, an-Na’im telah menulis bahawa Shari’ah adalah produk ulama’ dan bukan suci (Divine), ia hanyalah pentafsiran manusia yang bersifat subjektif dan relatif. Shari’ah dihasilkan oleh para fuqaha dan oleh kerananya boleh dirombak mengikut kesesuaian konteks semasa, khususnya apabila ianya dilihat bertentangan dengan hak asasi manusia. Bagi an-Na’im, terdapat hukum-hakam dalam Shari’ah yang mendiskriminasikan manusia berdasarkan kepada perbezaan agama dan gender.

Hukuman murtad sebagai contoh baginya adalah hukuman yang kejam. Contoh lain ketidakadilan Shari’ah adalah membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang wanita, sedangkan wanita hanya dibenarkan berkahwin dengan seorang lelaki, lelaki juga mempunyai hak untuk menceraikan isterinya sedangkan wanita tidak dibenarkan, dan lelaki mendapat dua bahagian sedangkan wanita mendapat satu bahagian harta waris.

An-Na’im mengikut Joseph Schacht yang mengatakan bahawa Shari’ah adalah produk ulama selama tiga ratus tahun pertama Islam. Bagi mereka Shari’ah tidak wujud di zaman Rasulullah salla’Llah ‘alayhi wasallam dan para Sahabat dan hanya wujud apabila para Imam Mazhab menulis karya-karya mereka tentang hukum Islam.

Jelas bahawa baik Schacht mahupun an-Na’im tidak dapat membezakan antara Shari’ah dengan Fiqh. Shari’ah adalah ketentuan Allah dan Rasul di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah, sedangkan Fiqh adalah ijtihad para ulama’ dalam memahami dan melaksanakan ketentuan-ketentuan tersebut. Kenisbian hanya berlaku pada Fiqh tidak pada Shari’ah.

Ketidakadilan Shari’ah yang didakwa oleh An-Naim berpunca daripada kejahilannya tentang hikmah dan Maqasid di sebalik hukum-hakam Islam. Ia kelihatan tidak adil apabila dilihat dari kacamata sekular dan liberal, tetapi sangat adil apabila seseorang itu faham hikmah dan tujuan sesuatu pensyari’atan hukum Islam.

Beliau juga keliru apabila memahami keadilan sebagai kesamarataan (equality). Sehingga segala bentuk perbezaan dianggap sebagai ketidakadilan, walhal untuk bersikap adil seseorang itu perlu mempertimbangkan perbezaan fitrah, peranan dan tanggungjawab setiap seorang yang sudah tentunya berbeza. Sebaliknya dengan menyamaratakan semua orang justeru ketidakadilan sudah semestinya akan berlaku.

Tesis Schacht bahawa Shari’ah adalah produk para ulama’ sebenarnya sangat tidak berasas, kerana terdapat hadith-hadith Nabi salla’Llah ‘alayhi wa sallam yang menjelaskan setiap satu daripada ketentuan Shari’ah dan hadith-hadith ini adalah hadith-hadith yang sahih, bahkan berdasarkan hadith yang sahih, sebagai contoh, hukuman murtad telah diijma’kan oleh para ulama’ sejak zaman Sahabat, Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in.

Untuk percaya kepada dakwaan Schacht ini seseorang itu perlu menolak sebahagian besar korpus hadith yang telah dikumpulkan oleh para ulama’ hadith dan oleh kerananya tidak secara langsung sebenarnya menolak al-Sunnah sebagai sumber hukum Islam. Mereka juga sebenarnya telah menolak al-Qur’an kerana seperti hukuman zina, mencuri, qisas, harta waris adalah hukuman yang telah ditetapkan di dalam al-Qur’an.

 

 

Namun bagi kelompok liberal yang penting sebenarnya bukanlah kebenaran dan hujah ilmiah yang gagal dikemukakan oleh tokoh orientalis seperti Schacht tetapi adalah kesesuaian dengan nilai-nilai yang dibawa oleh Barat pada hari ini. Islam perlu berubah dan diubah jika mahu kekal relevan di zaman ini, bukan mereka yang perlu mengikut Islam sebagai agama wahyu, tetapi Islam yang perlu mengikut hawa nafsu mereka.

Tulisan an-Na’im mengandungi banyak paradoks, beliau berbicara tentang neutraliti tetapi memihak kepada sekularisme sebagai ideologi negara. Berbicara tentang masa depan Shari’ah tetapi menganjurkan perombakan dan penolakan terhadapnya. Jelas beliau tidak menganggap serius aturan dan ketentuan Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

Beliau lebih menitikberatkan hak asasi manusia yang dicanangkan oleh Barat yang dianggap lebih universal, sehingga hukum Islam mesti disesuaikan dengannya, dan apa-apa hukum yang bertentangan dengan hak asasi manusia Barat ini, seperti hukum Islam mengenai LGBT, mestilah dirombak dan diubahsuai.

Begitulah realitinya pada hari ini, seorang yang telah dianggap murtad di Sudan, kerana hanya mempercayai ayat-ayat makkiyyah dan menolak ayat-ayat madaniyyah, dan menolak Shari’ah Islam, kini diangkat oleh pendokong ‘gerakan Islam’ dan NGO yang mengatasnamakan Islam sebagai ‘reformer’, pembaharu Islam. Suatu petanda yang jelas bahawa kekeliruan ummat telah menjadi semakin parah sehingga yang batil menjadi haq, dan yang haq menjadi batil.

Berikut adalah pernyataan Abdullahi Ahmed An-Naʿim dalam bukunya Towards An Islamic Reformation: Civil Liberties, Human Rights, and International Law (New York: Syracuse University Press, 1990).

“The public law of Shariʾa is not really divine law in the sense that all its specific principles and detailed rules were directly revealed by God to the Prophet Muhammad. It can be shown that Shariʿa was constructed by the early Muslim jurists out of the fundamental sources of Islam, namely the Qurʾan and Sunna, contemporary Muslims may become more willing to accept the possibility of substantial reform.( 11) … Shariʿa, as known to Muslims today, is not divine in the sense of being direct revelation. Rather, it is the product of a process of interpretation of, and logical derivation from, the text of the Qurʾan and Sunna and other traditions”. (11)
“Once again, to argue that Shariʿa’s restrictive view of human rights was justified by the historical context and that it was an improvement on the preexisting situation is not to say that this view is still justified. On the contrary, my position is that since Shariʿa’s view of human rights was justified by the historical context, it ceases to be justified in the present drastically different context. By the same token that Shariʿa as a practical legal system could not have disregard then conception of human rights prevailing at the time it purported to apply in the seventh century, modern Islamic Law cannot disregard the present conception of human rights if it is to be applied today.” (170)
“… a few other Muslim writers have adopted a more honest and candid approach. A good example of this approach is Sultanhussein Tabandeh’s Muslim Commentary on The Universal Declaration of Human Rights. This short book has the merit of clearly indicating the inconsistencies between Shariʿa and the 1948 Universal Declaration of Human Rights in relation to the status of women and non-Muslim. Tabandeh notes these inconsistencies to argue that Muslims are not bound by the Universal Declaration of Human Rights in these respects, where I am suggesting that it is Shariʿa which should be revised, from an Islamic point of view, to provide for these universal human rights”. (172)
“There are no fundamental problems with Shariʿa except for slavery and discrimination on grounds of gender and religion. It is more to the point to focus on those human rights standard which are violated by Shariʿa, the prohibition of slavery and discrimination on grounds of gender and religion”. (172)
“Discriminatory Shariʿa rules of personal and private law include the following:
“A Muslim man may marry a Christian or Jewish woman, but Christian or Jewish man may not marry a Muslim woman”.
* Difference in religion is a total bar to inheritance. Thus a Muslim may neither inherit from leave inheritance to a non-Muslim”. (176)
“Examples of discrimination on ground of gender in family and private law include the followings:
A Muslim man may be married to up to four wives at the same time but a Muslim woman can only be married to one man at a time”.
“ A Muslim man may divorce his wife, or any of his wives, by unilateral repudiation, talaq, without having to give any reasons or justify his action to any person or authority. In contrast, a Muslim woman can obtain divorce only by consent of the husband or by judicial decree for limited specific grounds such as the husband’s inability or unwillingness to provide for his wife”.
“ In inheritance, a Muslim woman receives less than the share of a Muslim man when both have equal degree of relationship to the deceased person”. (176)
“….. it is my submission, however, that regardless of difference over the historical sufficiency of justifications, these instances of discrimination against women and non-Muslim under Shariʿa are no longer justified”. (177)
“…. it is my submission that discrimination on grounds of either gender or religion is morally repugnant and politically untenable today”. (177)
Conclusion
“Although I know this to be the position under Shariʿa, I am unable as a Muslim to accept the law of apostasy as part of the law of Islam today”. (183)
“If the Shariʿa law of apostasy is to be applied today, it would be conceivable for some Shiʿa Muslims to be sentenced to death in a Sunni country and vice versa”. (184)
“Although derived from the fundamental divine sources of Islam, the Qur’an and Sunna, Shariʿah is not divine because it is the product of human interpretation of those sources.” (185)
“I also strongly believe that the application of this public law of Shariʿa today will be counterproductive and detrimental to Muslims and to Islam itself”. (187)

Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A Harris
Pengarah CASIS UTM

Sumber: https://khalifmuammar.wordpress.com

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts