ACCIN kesal SUHAKAM tidak sensitif terhadap Islam isu LGBT

 

GABUNGAN Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam (ACCIN) kesal dengan tindakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kerana tidak mengambil kira sensitiviti dan budaya umat Islam, apabila memperjuangkan isu Presiden Pelangi, Numan Afifi.

Suruhanjaya berkenaan dalam satu kenyataan pada 10 Julai lalu menyatakan bahawa Numan, yang dikaitkan dengan badan advokasi memperjuangkan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) perlu dikekalkan sebagai Pegawai Khas Kementerian Belia dan Sukan.

Sedangkan LGBT, seperti yang ditegaskan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa bukan sahaja bercanggah dengan agama, nilai moral dan fitrah manusia tetapi juga salah dari sisi undang-undang.

Hukum pengamal

Perundangan negara dan negeri jelas sekali bukan hanya mengharamkan LGBT, bahkan menghukum pengamal LGBT.

Justeru, individu yang memperjuangkan nilai LGBT, tidak sewajarnya berkhidmat di kementerian berkenaan kerana berpotensi mempengaruhi golongan muda, kecuali beliau bertaubat dan insaf.

Jaga kepentingan belia

Tindakan membantah perkara ini, bukan bermaksud diskriminasi, tetapi bertujuan menjaga kepentingan belia daripada terpengaruh dengan nilai songsang.

SUHAKAM dalam hal ini juga melanggar akta mereka sendiri iaitu Seksyen 4(4) Akta Suhakam yang menegaskan bahawa usaha menegakkan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR), boleh dibuat selagi ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ir Mohd Jamaludin Mohamed Shamsudin
Pengerusi ACCIN

Sumber: Berita Harian 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts