Adakah kita mempromosikan zina?

  1. Dunia sudah terbalik. โ€œHot daddy dijemput sebagai tetamu podcast. Dalam erti kata yang lain orang yang berzina dijemput sebagai tetamu wawancara manakala mereka yang bernikah secara halal pula yang menjadi bahan kecaman orang ramai.
  2. Situasi ini sangat bercanggah dengan apa yang diajar oleh Baginda Nabi. Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:

ูƒูู„ู‘ู ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ู…ูุนูŽุงูู‹ู‰ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู’ู…ูุฌูŽุงู‡ูุฑููŠู†ูŽ

โ€œSetiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). โ€œ (HR Muslim)

  1. Hari ini umat ditimpa penyakit. Rasulullah mencela pendosa, kita pula mengangkat mereka ke persada. Mereka merasa bangga dengan dosa. Penzina pula diraikan sebagai tamu bual bicara. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya tidak merasa selesa dengan dosa. Sabda Rasulullah:

“ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฑู‘ูŽุชูƒูŽ ุญูŽุณูŽู†ูŽุชููƒูŽ ูˆูŽุณูŽุงุกูŽุชูƒูŽ ุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุชููƒูŽ ููŽุฃูŽู†ุชูŽ ู…ูุคู…ูู†ูŒ”

โ€œSekiranya engkau merasa tenang dengan amal kebaikan dan merasa tidak selesa dengan kejahatan yang engkau lakukan, maka engkau adalah orang yang beriman.โ€ (HR Ahmad)

  1. Lebih malang lagi andai sekiranya masyarakat pula membiarkan sahaja kerosakan ini. Kejijikan yang diterima secara berleluasa berupaya membinasakan kita semua. Sabda Rasulullah:

ู…ุง ู…ู† ู‚ูˆู…ู ูŠูุนู’ู…ูŽู„ ููŠู‡ู… ุงู„ู…ุนุงุตูŠุŒ ุซู… ูŠู‚ุฏุฑูˆู† ุนู„ู‰ ุฃู† ูŠุบูŠู‘ูุฑูˆุง ุซู… ู„ุงูŠุบูŠุฑูˆุงุ› ุฅู„ุง ูˆูŠูˆุดูƒ ุงู„ู„ู‡ ุฃู† ูŠุนู…ู‘ูŽู‡ู… ุจุนู‚ุงุจู

โ€œTiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya namun mereka tidak mencegahnya, melainkan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa balasan azab.โ€ (HR Abu Daud)

  1. Ingatlah bahawa Rasulullah mendidik sahabat supaya menjauhi segala perlakuan yang boleh membawa kepada zina. Bahkan Rasulullah menegaskan bahawa fenomena zina akan membawa kepada kebinasaan. Sabda Rasulullah:

ุฅุฐุง ุธู‡ุฑ ุงู„ุฒู†ุง ูˆุงู„ุฑุจุง ููŠ ู‚ุฑูŠุฉ ูู‚ุฏ ุฃุญู„ูˆุง ุจุฃู†ูุณู‡ู… ุนุฐุงุจ ุงู„ู„ู‡

โ€œSekiranya berleluasanya perbuatan zina dan riba dalam sesuatu kawasan, maka mereka telah mengundang azab Allah kepada mereka.โ€ (HR al-Tabrani, dinilai sahih).

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

โ€”-โ€”

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Keberkatan sahur

  1. RASULULLAHย ๏ทบ sangat menggalakkan kita umat Islam agar bersahur. Dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah ๏ทบ menyebutkan:…