Penyesalan ahli syurga tentang zikir

  1. Zikir adalah satu amalan yang sangat mudah. Hanya dilafazkan beberapa bilah perkataan, Allah akan memberikan ganjaran yang lumayan buat mereka. Atas sebab itu Rasulullah menjelaskan bahawa bakal ahli syurga itu akan menyesal apabila amalan mereka dibentangkan, dan mereka mendapati ada saat yang mereka tidak berzikir mengingati Allah. Sabda Rasulullah:

لَيْسَ يتحسر أهل الْجنَّة إِلَّا على سَاعَة مرت بهم لم يذكرُوا الله تَعَالَى فِيهَا

Tiada yang menyebabkan (bakal) ahli syurga itu menyesal melainkan apabila dibentangkan kepadanya saat kehidupan mereka (di dunia dahulu), sedangkan mereka tidak mengingati Allah (berzikir kepadaNya). (HR al-Tabrani & al-Bayhaqi)

  1. Al-Imam al-Munawi menjelaskan bahawa hadis ini mengingatkan kita bagaimana setiap saat yang kita lalui dunia ini, sekiranya tidak digunakan untuk perkara yang baik, , ia akan menjadi penyesalan buat kita di hari akhirat kelak.
  2. Atas sebab itu beliau menegaskan bahawa orang yang paling beruntung di dunia ini adalah orang yang mengingati Allah dalam setiap keadaan sekalipun dalam urusan dunia. Kata al-Munawi:

وأن أدوم الناس على الذكر ، أوفرهم حظا ، وأرفعهم درجة ، وأشرفهم منزلة

“Dan orang yang paling konsisten mengingati Allah, adalah orang yang paling beruntung, malah orang yang paling tinggi darjatnya dan paling mulia kedudukannya.”

  1. Lebih dahsyat lagi, . al-Imam Ibn al-Qayyim menempelak kumpulan manusia yang berat lidahnya untuk berzikir menyebut dan mengingati Allah. Malah beliau menyifatkan sifat sedemikian sebagai hukuman yang Allah tentukan ke atas mereka. Kata Ibn al-Qayyim:

أشد عقوبة في الدنيا أن يمسك الله لسانك عن ذكره

“Seberat-berat hukuman yang dikenakan di dunia adalah Allah menghentikan lisan kamu dari mengingatinya.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

sumber gambar : Sinarplus

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
14
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts