4,500 warga Palestin dipenjara Israel setakat Julai 2020

 

BAITULMAQDIS – Rejim pengganas Israel menahan 429 warga Palestin sepanjang bulan Julai di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang dijajah, termasuk 32 warga di bawah umur dan 10 orang wanita, menurut laporan disiapkan oleh kumpulan hak asasi yang didedahkan pada hari Rabu.

Laporan itu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tahanan dan Pembebasan dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kelab Tahanan Palestin, Persatuan Sokongan dan Hak Asasi Manusia Penjara Addameer dan Pusat Maklumat Wadi Hilweh.

Menurut laporan itu, pasukan penjajah Israel menahan 201 penduduk Palestin dari Baitulmaqdis yang dijajah, 13 dari Semenanjung Gaza yang diduduki dan yang lain ditangkap dari kawasan berlainan di seberang Tebing Barat.

Pada bulan Julai, laporan tersebut mengesahkan bahawa Israel mengeluarkan 98 perintah penahanan pentadbiran, termasuk 33 perintah baharu dan 65 perintah yang diperbaharui.

Kumpulan hak asasi menyatakan, jumlah tahanan Palestin di dalam penjara Israel mencapai 4,500 menjelang Julai 2020, termasuk 41 wanita, 160 kanak-kanak dan 360 di bawah tahanan pentadbiran.

Sementara itu, Pusat Maklumat Wadi Hilweh mendedahkan, penjajah Israel meningkatkan kempen penahanan di Baitulmaqdis menerusi 201 serbuan penahanan di mana 22 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ditahan.

Sehubungan itu, kumpulan hak asasi meminta Israel untuk membebaskan semua tahanan yang sakit, begitu juga wanita dan anak-anak.

Selain itu, mereka turut meminta Persatuan Palang Merah Antarabangsa untuk meningkatkan jumlah kakitangannya di wilayah yang diduduki untuk membantu keperluan mendesak tahanan dan keluarga mereka. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts