Abbas mahu sidang antarabangsa selesaikan isu Palestin

 

NEW YORK: Presiden Mahmud Abbas, semalam menggesa sidang kemuncak antarabangsa diadakan menjelang pertengah tahun ini untuk membuka jalan kepada pengiktirafan negara Palestin sebagai sebahagian proses damai Asia Barat.

Dalam ucapan yang jarang dilakukan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abbas berkata beliau akan meningkatkan usaha mencapai keanggotaan penuh PBB bagi negaranya dan menggesa negara yang belum mengiktiraf Palestin supaya berbuat demikian.

“Bagi menyelesaikan persoalan Palestin, adalah penting untuk mewujudkan mekanisme antarabangsa pelbagai hala hasil persidangan antarabangsa,” katanya.

Ucapannya kepada agensi utama PBB dibuat di tengah kebimbangan global berhubung keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Keputusan Trump memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis menaikkan kemarahan penduduk Palestin, yang mengisytiharkan Washington tidak lagi berperanan sebagai orang tengah utama dalam proses damai Asia Barat.

Abbas berkata, persidangan yang dicadangkan itu perlu membawa kepada keanggotaan penuh PBB bagi Palestin, pengiktirafan Israel dan Palestin, dan pembentukan mekanisme baru untuk mencapai perjanjian akhir.

Abbas segera meninggalkan dewan selepas memberi ucapan, menyebabkan Duta Israel, Danny Danon, merungut beliau sekali lagi melarikan diri daripada dialog. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts