Desakan liberal supaya undang-undang syariah dikaji semula melampau

 

BANGI – Desakan dua pertubuhan liberal dan sekular supaya kerajaan mengkaji semula undang-undang Islam, termasuk melaksanakan moratorium terhadap hukuman sebat syariah, amat keterlaluan dan melampau.

Menyifatkan Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) sebagai pertubuhan lupa daratan, aktivis kemanusiaan, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, inilah agenda liberal tajaan Barat yang menggunakan ‘moderate muslim’ sebagai ejen mereka.

“Mereka sudah melampau. Setiap hari ada sahaja hak istimewa agama Islam dan bangsa Melayu ditarik satu demi satu.

“Mereka sepatutnya menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan telah pun termaktub dalam Perlembagaan Negara sejak daripada merdeka lagi.

“Tindakan mereka ini bakal mengundang rasa marah yang tidak terhingga di kalangan umat Islam di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Beliau berkata demikian mengulas desakan JAG agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan moratorium terhadap hukuman sebatan syariah.

Pertubuhan liberal itu menganggap hukuman syariah bakal menggugat konsep federalisme antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

JAG juga menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Peguam Negara, Tommy Thomas bagi mengesa hukuman sebat dan bentuk lain yang mendera dihentikan atas semua kesalahan.

Pada masa sama, ahli Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Honey Tan, mendesak supaya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dipinda atau dimansuhkan, kerana katanya, jika Parlimen boleh meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah maka Parlimen juga boleh mengurangkannya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts