Agamawan! Jagalah maruah diri

SAYA masih menanti hingga ke hari ini siapakah mufti atau ilmuwan Islam yang akan mengeluarkan fatwa konsert Coldplay suci kerana mereka mendukung isu Palestin.

2. Saya menanti kerana rasa teruja untuk melihat hujah syaraknya bagaimana. Apa ayat al-Quran dan hadis mana yang akan jadi dalil. Dan kalau benar konsert itu bertemakan perjuangan Palestin, sejauh mana aulawiyatnya hingga mengetepikan ramai lagi artis; luar negara dan tempatan yang hebat-hebat dan terbukti menyanyi untuk Palestin.

3. Ulama, jujurlah dengan ilmu dan jagalah maruah diri. Kalau tak nak bangkang konsert tersebut atas apa juga alasan, duduk diam jauh lebih mulia dari menyucikan benda yang penuh dengan syubhat. Ulama tak sama dengan orang awam. Kata-katanya jadi panduan dan tindak tanduknya jadi ikutan.

4. GSPP menawarkan kepada rakyat Malaysia konsert untuk Palestin dalam bentuk yang jauh lebih mulia dan bermakna untuk perjuangan Palestin. Kosongkan 16 Disember, kita bertemu di sana

Wallahu a’lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts