Agenda kebangsaan dirosakkan pemimpin Melayu sendiri?

BANGI – “Adakah dengan meletakkan nama-nama dalam bahasa Inggeris ini akan menjadikan kita pandai berbahasa Inggeris atau maju.

“Naif dan cetek sangat kita beranggapan meletakkan tanda-tanda Barat itu menjadikan kita pandai berbahasa Inggeris, sehingga tenggelam semua jati diri, asal-usul bangsa dan negara.”

Demikian luahan Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah bila memikirkan tindakan pihak berkuasa mendahulukan bahasa Inggeris berbanding bahasa kebangsaan bermula daripada papan tanda, sehingga semua arahan dan tanda-tanda dalam bangunan serta pejabat.

“Kenapa nama-nama bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan. Jika kita semua benar-benar sayangkan negara ini, kenapa tidak cadangkan nama-nama yang mempunyai jati diri.

“Nampak sangat kedudukan bahasa Melayu atau Jawi sangat hina di mata ultra kiasu. Sebab itu mereka menentang apa jua identiti termasuk Jawi.

“Salah siapa? Kenapa sebuah negara asal-usulnya bernama Tanah Melayu, berakhir dengan hilang identiti dan jati diri Melayu?” soalnya.

Prof Ridhuan Tee mengakui pernah menegur pihak berkuasa tempatan (PBT) di Terengganu kerana menggunakan nama dan papan tanda serta tanda arah jalan dalam bahasa Inggeris namun masih belum mendapat jawapan.

“Ini belum bercakap tentang bangunan UMNO dan PWTC (Putra World Trade Centre). UMNO itu sendiri adalah akronim daripada bahasa Inggeris, United Malaysia National Organization. Hina sangatkah jika dinamakan PERKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)? Tidak glamourkan PERKEMBAR?” soalnya.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa bukan pihak lain yang merosakkan agenda kebangsaan sebaliknya pemimpin Melayu itu sendiri.

“Orang atau bangsa lain hanya mengambil kesempatan,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts