Agong berangkat ke Munaqasyah Agama di Istana Negara

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Majlis Munaqasyah yang berlangsung hampir tiga jam itu bertujuan membincang dan memperhalusi isu hal ehwal Islam di negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka dan memantapkan agensi-agensi agama di setiap negeri berkenaan.

 

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

 

Negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka adalah Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perkara 3(2), 3(3) dan 3(5) Perlembangaan Persekutuan.

Munaqasyah itu disertai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar dan semua pengerusi, Yang Dipertua Majlis Agama Islam, mufti, ketua hakim syarie serta pengarah Jabatan Agama Islam dari setiap negeri naungan Seri Paduka.

 

 

Antara kertas kerja dan taklimat yang disembahkan kepada Seri Paduka adalah isu upacara berdoa secara beramai-ramai mengikut agama dalam sesuatu program, program MyInsanniah, peranan Institut Pengajian Tinggi Awam dalam eko-sistem halal negara dan isu lain berkaitan hal ehwal Islam.

Rumusan pembentangan itu akan dipanjangkan dalam bentuk laporan oleh Seri Paduka untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 yang dijadual berlangsung 30 dan 31 Oktober ini.- Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts