Hadis tidur orang yang berpuasa

 

1. BARANGKALI ada yang pernah bertanya mengenai hadis yang menyebutkan bahawa tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah. Perkara ini diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya yang menyebutkan:

نَوْمُ الصَّائِمِ عِبَادَةٌ وَصُمْتُهُ تَسْبِيْحٌ

“Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadah dan diamnya adalah tasbih.” (HR al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman)

2. Menurut al-Imam al-Baihaqi, terdapat perawi yang lemah di dalam hadis ini yang menjadikan hadis ini daif. Pandangan yang sama turut disuarakan oleh al-Imam al-Iraqi dan al-Munawi yang menilai beberapa perawi di dalam hadis ini adalah lemah.

3. Al-Imam al-Ghazali dalam menghuraikan mengenai adab berpuasa pernah menasihatkan agar orang yang berpuasa tidak terlalu memperbanyakkan tidur di siang hari. Kata beliau:

بل من الآداب أن لا يكثر النوم بالنهار حتى يحس بالجوع والعطش

“Bahkan diantara adab (berpuasa) adalah tidak memperbanyakkan tidur di siang hari sehingga dia merasa haus dan lapar.” (Ihya Ulumuddin)

4. Namun tidur orang yang berpuasa itu boleh dianggap ibadah sekiranya dia hanya berehat seketika untuk meneruskan ibadah puasanya itu. Tidur sebegini boleh dianggap ibadah seperti yang disuarakan oleh Saidina Muaz bin Jabal yang menyebutkan:

أمَّا أنَا فأنَامُ وأَقُومُ، فأحْتَسِبُ نَوْمَتي كما أحْتَسِبُ قَوْمَتِي

“”Jika aku, aku tidur dan bangun (solat) malam, aku menganggap waktu tidurku seperti waktu aku (ibadah pada) malam hari.” (Sahih al-Bukhari)

5. Oleh itu bagi mereka yang berpuasa, perbanyakkanlah amalan. Tidak mengapa untuk rehat seketika untuk meneruskan ibadah.

6. Saksikan rancangan MyHadisTime yang akan mengupas hadis-hadis Nabi berdasarkan helaian halaman al-Quran di TV Al-Hijrah nanti.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts