Ahli ibadah yang bermain-main

 

1. Seorang sahabat Nabi bernama Abdullah ibn Mas’ud pernah menegur beberapa ahli ibadah dari Kufah yang menyisihkan diri dari masyarakat. Apabila ditanya mengapa berbuat sedemikian? Mereka menyatakan bahawa mereka ingin mengelakkan diri dari hiruk pikuk dunia dan beribadah. Abdullah ibn Ma’sud lantas berkata:

لَوْ أَنَّ النَّاسَ فَعَلُوا مِثْلَ مَا فَعَلْتُمْ ، فَمَنْ كَانَ يُقَاتِلُ الْعَدُوَّ ؟ وَمَا أَنَا بِبَارِحٍ حَتَّى تَرْجِعُوا

Andai semua melakukan seperti yang kalian lakukan (hanya sibuk beribadah), siapa yang akan berjuang melawan musuh Islam? Aku tidak akan berganjak selagi kamu tidak pulang (kembali menyumbang untuk Islam). (Ibn al-Mubarak, Kitab al-Zuhud).

2. Pendekatan yang sama dilakukan oleh Abdullah ibn Mubarak, seorang tokoh tabi’en dan ilmuan hadith. Abdullah ibn Mubarak menegur seorang tabi’en yang masyhur iaitu Fudayl ibn Iyad yang menyibukkan diri beribadah di Tanah Haram. Abdullah ibn Mubarak menulis beberapa rangkap syair yang mengguris hati Fudail. Kata Abdullah:

يا عابدَ الحرمين لو أبصرتْـَنا … لعلمتَ أنَّكَ في العبادةِ تلعبُ
مَنْ كانَ يخضبُ خدَّه بدموعِه … فنحورنُـا بدمـائِنا تَتَخْضَبُ
أوكان يتعبُ خيله في بـاطل … فخيـولنا يوم الصبيحة تتعبُ
ريحُ العبيرٍ لكم ونحنُ عبـيرُنا … رَهَجُ السنابكِ والغبارُ الأطيبُ

“Wahai ahli ibadah tanah haram, sekiranya engkau menyaksikan (jihad) kami, maka engkau akan tahu bahawa ibadahmu hanyalah bermain-main. Mereka (ahli ibadah) membasahi pipi mereka dengan air mata sedang tengkung-tengkuk kami dibasahi darah (pertempuran). Tubuhmu harum dengan wangian sedang minyak wangi kami adalah peluh dan debu di medan.”

Membaca syair yang dikirimkan ini, Fudail menangis lalu membenarkan apa yang diucapkan oleh Abdullah ibn Mubarak.

3. al-Imam al-Zahabi merekodkan kata-kata Yunus ibn Ubaid, seorang tabi’en yang terkenal. Yunus didapati menangis sebelum meninggal dunia. Apabila ditanya mengapa engkau menangis wahai Yunus? Dia berkata: Aku melihat kedua kakiku dan kakiku ini tidak pernah tersentuh debu-debu di medan jihad.

Sedangkan Rasulullah ﷺ bersabda:

ما اغبرت قدما عبد في سبيل الله فتمسه النار

Dua kaki yang tersentuh debu di jalan Allah tidak akan disambar api neraka. (HR al-Bukhari)

4. Dunia hari ini penuh dengan cabaran pemikiran yang merosakkan kefahaman ummah tentang Islam. Idea-idea berteraskan kerangka pemikiran liberalisme, sekurlarisme, dan pelbagai lagi rencam pemikiran telah meracuni pemikiran ummah.

5. Andai tiada yang peduli, siapa lagi yang akan membantu berjuang memperbaiki keadaan ummah. Menyisihkan diri dari pergelutan pemikiran ini bukanlah pendekatan yang terbaik.

Moga setiap kita berperanan dalam membantu memuliakan syariat Allah.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. This is a very good article……menyedarkan saya bahawa semua kita ada peranan yang wajib di mainkan…..saya tidak akan bersikap…”tak ambil peduli” , Biarlah….bukan anak-anak kita….kita jaga anak kita sudah..” Aku bukan mufti….bukan ustaz…..bukan pegawai JAKIM….apa yang aku nak sibuk….dia orang pun tak sibuk..”…MashaAllah…SubhanAllah…..Ya Rahman…Ya Rahim..Ya Ghaffar…Ya Ghaffur…..Ya Afuww…Ya Taubat…..ampunilah dosa-dosa ku ini……..Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts