Ahli politik India ancam pengundi Muslim

 

NEW DELHI: Dua ahli kanan parti Perdana Menteri Narendra Modi termasuk ahli keluarga Gandhi yang berpaling tadah daripada dinasti keluarganya mengancam pengundi supaya menyokong mereka dalam pilihan raya.

Ramai ahli politik India sering didakwa menggunakan kebencian dan ancaman untuk meraih sokongan. Bagaimanapun, cubaan meraih undi menggunakan isu agama atau ancaman adalah dilarang.

Rakaman video menunjukkan Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak India, Maneka Gandhi yang juga balu kepada ahli politik Sanjay Gandhi memberi amaran kepada perhimpunan komuniti Muslim supaya mengundi beliau atau tidak akan dihiraukan, jika beliau kembali berkuasa.

“Saya menang dengan bantuan rakyat. Namun, jika kemenangan saya tanpa sokongan Muslim, saya tidak akan merasa bagus.

“Nanti, apabila pengundi Muslim datang mencari kerja saya tidak akan hiraukan mereka,” kata Gandhi.

Kenyataan beliau mencetuskan kemarahan dan tuntutan parti pembangkang Kongres yang diterajui anak saudara bekas suaminya, Rahul Gandhi, ketika pihak berkuasa pilihan raya tempatan meminta penjelasan beliau.

“Ancaman terbuka kepada Muslim dan bertentangan dengan perlembagaan,” kata aktor Bollywood, Swara Bhaskar di Twitter, ketika menuntut tindakan jenayah terhadap menteri itu.

Bekas suami Maneka Gandhi, Sanjay adalah anak lelaki bekas Perdana Menteri Indhira Gandhi yang dibunuh pada 1984. Abangnya Rajiv Gandhi turut dibunuh pada 1991. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts