Ahli politik Jerman peluk Islam, bantu pelarian

441-e1470711438624

 

Akhbar popular Jerman, ‘Bild’, baru-baru ini melaporkan dalam laman webnya bahawa seorang bekas wakil rakyat Dresden dari Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) berhaluan kanan, Werner Klawun, telah memeluk Islam pada usia 75 tahun.

Beliau kini aktif membantu pelarian-pelarian di Dresden yang merupakan tempat penubuhan serta kubu kuat gerakan warga Eropah yang anti-Islamisasi Barat; dikenali sebagai Patriotic Europeans Against the Islamisation of the West (PEGIDA).

Menurut sumber akhbar itu, selepas beliau memeluk Islam dan memutuskan hubungannya dengan parti berhaluan kanannya, cara beliau berfikir benar-benar berubah.

Klauner menjelaskan perubahan ini bermula sejak beliau berhadapan dengan kegagalan pada tahun 2009 bagi memenangi keanggotaan majlis perbandaran Dresden untuk partinya, NDP.

Menurutnya lagi, selepas isteri dan anak-anaknya meninggalkannya pada tahun 2014, beliau telah membawa empat orang pelarian dari Syria dan Libya, berumur antara 18 dan 30 tahun, tinggal bersama di rumahnya.

Beliau berkata, mereka telah menjadi seperti keluarga baru dan saling membantu; contohnya sama-sama menyediakan makanan negara mereka.

Klauner – yang kini namanya Ibrahim – berkata beliau memeluk Islam setelah membaca puisi tentang Islam serta pujian ke atas Nabi Muhammad SAW tulisan Johann Wolfgang von Goethe yang merupakan seorang yang fasih berbahasa Arab di samping beberapa bahasa lain.

Goethe juga telah menghasilkan banyak karya seni yang memuji Islam dan Rasulullah SAW.

Bekas ahli politik NDP itu juga telah membaca sendiri terjemahan Al-Quran dalam bahasa Jerman selepas beliau membaca puisi Goethe; apabila kemudiannya beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.

Menurutnya lagi, beliau menyedari bahawa usahanya tidak cukup sekadar memutuskan hubungan dengan parti berhaluan kanan yang memusuhi pendatang asing itu sahaja; bahkan, beliau merasakan perlu melakukan sesuatu yang dapat memadam segala kesilapan beliau yang lalu; iaitu dengan membantu para pelarian.

(Pautan asal: http://www.aljazeera.net/news/presstour/2016/7/29/سياسي-ألماني-يميني-يعتنق-الإسلام-ويساعد-اللاجئين)

Terjemahan dan olahan: ‘Abid Dhaif, Itqan Zawwini & Syazwani

Sumber: http://ulamasedunia.org/2016/08/09/ahli-politik-jerman-peluk-islam-bantu-pelarian/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts