Ajar anak ngaji tambah pelaburan akhirat

 

Pada waktu biasa, memang selalu tak sempat nak ajar atau semak bacaan Quran anak-anak sebab sibuk dengan rutin harian. Sedar-sedar anak dah pandai mengaji dengan ustaz/ah lain.

Bila fikir balik, ruginya bila orang lain dapat pahala bila anak kita mengaji. Tapi ayah sendiri tak dapat apa-apa. Sedangkan pahala itu terus mengalir setiap kali kita anak kita mengaji. Anak sendiri mengaji, orang lain dapat pahala. Rugi kan?

Sedangkan itulah pelaburan kita yang paling berharga. Setiap huruf yang dibacanya ada saham kita sehinggalah ke akhir hayat kita, pahala tersebut masih mengalir selama mana dia membaca quran.

Kenapa mengajar ngaji. Ia ibarat ‘one stone kills two birds’. Dapat pahala ilmu yang mengalir dan anak soleh insyaAllah.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

3 tips ajar anak mengaji:

1. Suruh tunjuk setiap huruf yang dibaca supaya boleh fokus

2. Fahami trend kesalahan anak, biasanya kesalahan akan berulang terutamanya panjang pendek mad, dengung dsb.

3. Jika tegur, sebut apa kesalahan, bukan terus baiki. Contoh jika mad dibaca pendek, sebut panjang atau berdehem je.

4. Elakkan ‘distraction’ supaya boleh fokus. Contoh: adik makan kfc kat sebelah.

Ustaz Ibrahim M Hasan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Kaabah dicuci hari ini

  MAKKAH – Pemerintah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal hari ini menyempurnakan upacara membersihkan Kaabah bagi pihak penjaga dua masjid…
Read More

Sulawesi menangis

Tragedi bencana alam yang berlaku di Sulawesi memberi kesan kepada ratusan ribu penduduk Sulawesi Tengah (Sulteng). Selain daripada…