Al-Jazari: Bapa Robotik

13007222_1273383226009104_3813394103549347190_n

 

Disusun oleh Solehuddin Al-Ayubi bin Rozali

Badi Az-Zaman Ismail Al-Jazari (1136-1206) merupakan seorang jurutera mekanikal yang cemerlang sepanjang zaman. Beliau adalah seorang cendekiawan Muslim: seorang ulama, pencipta, jurutera mekanikal, mahir bertukang, seniman dan ahli matematik.

Kami mengetahui sedikit mengenai kehidupannya. Beliau terkenal kerana telah mengarang “Kitab Pengetahuan mengenai Peranti Mekanikal Pintar”. Diceritakan bahawa, seperti yang dilakukan ayahnya sebelumnya, beliau berkhidmat sebagai ketua jurutera di Istana Artuklu, kediaman Mardins yang memerintah seluruh Anatolia timur sebagai pengikut kepada Dinasti Zengid di Mosul dan kemudian kepada General Ayyubid Salahuddin Al-Ayyubi.

Aspek yang paling penting dalam mesin Al-Jazari adalah mekanisme, komponen, idea-idea, kaedah, dan ciri-ciri reka bentuk yang digunakan. Beliau mencipta mesin basuh tangan automatik, jam lilin, jam mekanikal, pam tangan air, Mesin penjanaan air, jam gajah automatik menggunakan teknologi air, sistem bekalan air untuk masjid dan Bimaristan (hospital) yang digerakkan oleh gear dan kuasa hidro, serta pelbagai peranti lain.

Dalam bukunya, yang bertajuk “Al-Jami’ bayn al-‘Ilm wa-‘l-‘amal al-nafi’ fi sinat’at al-hiyal,” sebagai contoh, Al-Jazari menerangkan pelbagai ciptaan peranti dalam bentuk yang sangat terperinci. Beliau menggambarkan enam kategori utama mesin dan peranti.

Pada tahun 1206, Al-Jazari menggambarkan jam gajah yang terkenal dengan beberapa inovasi. Jam tersebut merupakan jam pertama di mana tindak balas berlaku secara automatik selepas selang masa tertentu (dalam kes ini, sebuah robot berbentuk manusia memukul canang dan burung robot mekanikal berkicauan setiap setengah jam) dan juga merupakan jam air pertama yang merakam secara tepat peredaran waktu antara matahari terbit dan matahari terbenam untuk dipadankan dengan panjang hari yang tidak sekata sepanjang tahun.

Jam air ini yang berbentuk Gajah India Asia dengan diletakkan rumah di atasnya menggambarkan contoh yang paling awal tentang kepelbagaian budaya yang wujud dalam teknologi.

Al-Jazari juga mencipta muzik yang bergerak secara automatik, iaitu sebuah bot dengan empat ahli muzik robot yang terapung di atas tasik untuk menghiburkan tetamu yang hadir di parti minum diraja. Robot tersebut mempunyai mesin drum yang boleh diprogramkan melalui pasak yang dihubungkan dengan tuil kecil yang mengendalikan alat pemukul. Pemain drum boleh diatur untuk bermain irama yang berbeza dan corak drum yang berbeza sekiranya pasak digerakkan mengikut kesesuian.

Salah satu daripada banyak robot atau automatik robot yang banyak dihasilkan oleh Al-Jazari untuk Raja Diyarbakr adalah ‘Budak Robotik’. Robot ini, yang dibuat menyerupai seorang budak lelaki berusia 12 tahun, menyediakan air, tuala dan sikat untuk Raja semasa baginda berwudhuk.

Di samping pencapaian beliau sebagai seorang pencipta dan jurutera, Al-Jazari juga merupakan seorang artis yang berjaya. Dalam ‘Kitab Pengetahuan mengenai Peranti Mekanikal Pintar,’ dia membuat panduan mengenai ciptaan beliau dan menggambarkan ciptaan-ciptaan tersebut menggunakan lukisan kecil, iaitu gaya lukisan Islam abad pertengahan.

Sumber: FB Historia Factory

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts