Gaza – Sayap ketenteraan H4m4s, Briged Al-Q4ss4m, telah menyiarkan sebuah video baharu yang memaparkan dua askar Is-Not-real yang ditawan di G4z4. Dalam rakaman itu, salah seorang tahanan kelihatan dalam keadaan tekanan fizikal dan mental yang serius. Rakan setahanan itu mendedahkan bahawa dia telah cuba membunuh diri baru-baru ini.
“Tahanan Cuba Bunuh Diri, Keadaan Semakin Tenat”
Askar bernama Yosef-Chaim Ohana tampil dalam video tersebut dan bercakap dengan tenang namun penuh desakan. Beliau mendedahkan bahawa rakan setahanannya, Elkana Bohbot, yang terbaring di sebelahnya, semakin merosot keadaannya. Katanya, Bohbot sering cuba mencederakan diri dan hampir berjaya beberapa hari lalu sebelum seorang pejuang Al-Q4ss4m sempat menghalangnya.
“Kami sudah lama tahu bahawa perang ini membawa bahaya besar kepada kami,” ujar Ohana. “Dia tak makan, tak minum. Kami pun hampir tiada apa-apa untuk terus hidup. Fikirannya hanya pada anaknya Re’em dan isterinya Rivka.”
“Saya pun berhenti makan,” tambahnya, “kerana saya mahu nasib saya sama sepertinya. Nasib kami kini di tangan kamu.”
Dalam video itu, Bohbot dilihat tidak memberikan respons, matanya tertutup, dan jelas menunjukkan tanda-tanda keletihan melampau.
“Rayuan Putus Asa: ‘Nasib Kami di Tangan Kamu'”
Ohana turut menyampaikan mesej kepada juruterbang Is-Not-Real:
“Saya bangga dengan mereka yang menolak untuk terbang. Kamu tahu ia membahayakan kami. Tapi bagaimana dengan yang masih terus terbang dan mengebom kami dan orang awam? Apa yang kamu katakan kepada keluarga kamu? Dan kepada keluarga kami?”
“Tahanan Persoal Sara Net4nyahu: ‘Berapa Ramai Lagi Perlu Mati?'”
Beliau juga menyasarkan kata-katanya kepada isteri Perdana Menteri Is-Not-Real, Sara Netanyahu:
“Sebahagian daripada kami masih hidup. Kamu tahu berapa jumlahnya. Tapi kenapa orang lain tak tahu? Berapa ramai lagi yang kamu mahu terus hidup? Kurang daripada 20? Lebih? Nyatakan jumlahnya.”
Askar itu kelihatan semakin emosi apabila berkata,
“Bagaimana perang ini boleh berlarutan begitu lama? Setahun tujuh bulan? Apa lagi yang perlu berlaku? Apa lagi yang belum kamu lakukan?”
Beliau menegaskan bahawa pertumpahan darah yang berterusan kini menjadi tanggungjawab para pembuat keputusan di Is-Not-Real.
“Seluruh rakyat mahu mimpi ngeri ini berakhir,” katanya. “Setiap titis darah yang mengalir selepas ini akan menjadi saksi terhadap kamu. Cukup. Masa untuk hentikan perang ini. Masa hampir tamat.”
Video itu berakhir dengan mesej dari Briged Al-Q4ssam:
“Mereka tidak akan dikembalikan tanpa perjanjian. Masa semakin suntuk.”
“Video Tahanan: Tekanan Psikologi, Kecaman terhadap Kepimpinan Is-Not-Real”
Ini bukan kali pertama Hamas menyiarkan video tahanan Is-Not-Real. Dalam video-video terdahulu, para tawanan menggambarkan keadaan yang teruk dan merayu agar tindakan segera diambil. Ramai antara mereka menyalahkan Perdana Menteri Benjamin Net4nyahu kerana membiarkan mereka mati dan mendakwa bahawa mereka sengaja diabaikan.
Sumber: Quds News Network