Al-Quran pulih pelajar saya ketagih dadah

ALOR SETAR: Ulama Kedah, Abdullah Lebai Samah yang terpilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Kedah mengajak seluruh umat Islam supaya membaca dan mendalami al-Quran yang disifatkan beliau sebagai panduan terbaik dalam kehidupan.

Pengasas Madrasah Takwiyatul Islamiah berusia 86 tahun itu berkata, sepanjang 47 tahun mengemudi madrasah tersebut, banyak dalam kalangan pelajarnya terjebak dalam pelbagai masalah sosial seperti dadah yang akhirnya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Anak muda yang duduk bersama saya pun sebenarnya ada masalah masing-masing. Depa (Mereka) menceritakan ‘Tok Guru saya ni ambil dadah’. Ada empat lima orang terlibat dadah.

“Bila duduk di pondok, berkat baca al-Quran dan kitab, dia tak ke mana-mana, dia pun boleh berubah jadi baik dan kesudahannya jadi ‘tok lebai’. Dia bertaubat, tak hisap lagi (dadah),” katanya selepas menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oSultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri, di sini, semalam.

Abdullah yang mempunyai 14 anak berkata, amalan membaca al-Quran yang diterapkan dalam kehidupan keluarga besarnya itu juga menjadikan mereka berjaya termasuk berpangkat besar hari ini.

“Tiap-tiap kali baca al-Quran niat saya nak anak dan isteri saya beriman. Berkat baca al-Quran sejak dahulu sampai sekarang sampai khatam. Setiap hari selepas subuh saya habiskan masa dua jam baca al-Quran,” katanya.

Tambahnya, banyak anak-anak muda hari ini terjebak dengan pelbagai masalah sosial termasuk jenayah berpunca daripada didikan ibu bapa masing-masing.

“Berpunca daripada didikan keluarga, anak dilahirkan suci bersih ibu bapa yang mencorak mereka sebab ibu bapa salah bimbingan didikan apabila sudah besar tidak boleh bezakan yang salah dan betul,” katanya.

Dilahirkan di Kampung Sena, Tobiar dekat Pendang, Abdullah sejak 1975 masih aktif mengajar al-Quran dan kitab di Madrasah Takwiyatul Islamiah di Bukit Lada Pokok Sena yang menyediakan pendidikan percuma kepada warga emas dan anak muda. – UTUSAN

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts