Alam sekitar, hutan dan tumbuh-tumbuhan yang bertasbih

Menceroboh dan mentarah alam sekitar, ibarat mematikan beberapa makhluk yang sedang berzikir dan bertasbih kepada Allah SWT.

Jika ia tidak digantikan dengan binaan atau pembangunan yang paling kurang setara peranannya dengan alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan dalam mensucikan dan memartabatkan ‘kalimah Allah’, maka ia adalah sebuah kezaliman sama ada kita sedar atau tidak.

Zalim kerana kita redha menggantikan zikir dan tasbih, dengan kelalaian, kekufuran dan kefasadan.

Manusia yang sejati, adalah manusia yang memahami bahawa alam ini bersama-sama dengannya dalam memikul tugas dan amanah ‘khilafah’, dan juga memahami bahawa alam akan melaknatnya sekiranya dia mengabaikan tanggungjawab tersebut.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa
Pengarah Sekretariat
Majlis Ulama ISMA (MUIS)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts