Allah memuji penyelamat nyawa

 

1. SAYA tidak dapat bayangkan betapa tingginya pahala petugas kesihatan dan pengawal keselamatan negara yang berusaha menyelamatkan nyawa manusia. Dalam al-Quran, Allah berfirman:

وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعاً

“Dan barangsiapa yang menghidupkan nyawa, maka seumpama dia menghidupkan nyawa seluruh manusia.”

2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Mujahid menjelaskan bahawa semua usaha menyelamatkan nyawa manusia dikira termasuk dalam maksud ayat ini. Kata beliau:

أي: أنجاها من غرق أو حرق أو هلكة

“(Yang dimaksudkan ayat ini termasuklah) mereka yang menyelamatkan manusia dari tenggelam lemas, atau kebakaran, atau apa-apa kebinasaan.” (Tafsir Ibn Kathir)

3. Ingatkah kita tentang kisah seorang lelaki (dalam sebahagian riwayat mengatakan pelacur) yang memberi minum kepada anjing, yang telah menyelamataka anjing tersebut dari kebinasaan. Lalu Rasulullah memuji lelaki (atau pelacur ini) dan berkata:

فشكر الله له فغفر له

“Maka Allah memujinya (melalui para malaikat) dan mengampunkan dosanya.” (HR al-Bukhari). Menurut al-Imam al-Qurtubi, yang dimaksudkan dengan Allah memujinya ialah Allah menzahirkan pujianNya di hadapan para malaikat dan menjanjikan buatnya syurga.

 

4. Dalam menghuraikan hadith ini, Menteri Agama Mesir (Wazir al-Auqaf) Dr. Muhammad Mukhtar Jum’ah menjelaskan: “Bayangkan andai sekiranya menyelamatkan nyawa binatang sahaja pun telah diampunkan dosa, dipuji oleh Allah dan dianugerahkan syurga, apatah lagi pahala mereka yang menyelamatkan nyawa manusia.”

5. Malah dalam sebuah hadith yang sahih Rasulullah menjanjikan bahawa mereka yang memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan memudahkan urusannya di akhirat kelak. Sabda Rasulullah:

وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

“Dan barangsiapa yang melapangkan urusan seorang Muslim dari kesusahan, maka Allah akan melapangkan kesusahannya di hari akhirat kelak.” (HR Muslim)

6. Perhatikan disini bagaimana tingginya darjat mereka yang berusaha menyelamatkan nyawa manusia. Allah memuji mereka di hadapan malaikat, dosa mereka diampunkan, urusan mereka dipermudahkan di hari akhirat dan mudah-mudahan Allah menganugerahkan kepada mereka syurga yang kekal abadi.

7. Dengan itu, mari kita berusaha bersama menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia dengan duduk diam-diam di rumah. Berikan sokongan kepada petugas kesihatan dan keselamatan kita. Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts