Amalan mengejar Lailatul Qadar

 

1. Dalam mengejar Lailatul Qadar pada 10 malam yang terakhir ini, janganlah kita tinggalkan 4 amalan mudah ini yang mempunyai ganjaran yang besar iaitu:

2. Membaca doa yang diajarkan oleh Nabi kepada Saidatina Aisyah. Iaitu dengan lafaz:

اللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku.

3. Mendirikan Solat Isya dan Solat Subuh secara berjemaah kerana pahala mendirikan kedua solat ini secara berjemaah adalah seumpama menghidupkan qiyam seluruh malam. Sabda Rasulullah:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Barangsiapa yang mendirikan solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan barang siapa mendirikan solat subuh secara berjemaah, maka dia seumpama telah solat sepanjang malam. (HR Muslim)

4. Dan jangan juga kita lupa menunaikan solat witir yang pahalanya lebih baik dari harta dunia yang kita sayangi. Sabda Rasulullah:

إن اللهَ قد أمركُم بصلاةٍ هي خيرٌ لكمْ مِنْ حمرِ النعمْ

Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu untuk melaksanakan satu solat (Solat Witir) yang pahalanya lebih baik dari unta merah (harta terbaik).

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts