Kronologi Nakbah Palestin

 

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. Hakikatnya peristiwa ini merupakan suatu perancangan dan gerak kerja yang teliti oleh Yahudi Zionis sejak 50 tahun sebelum berlakunya Nakbah itu sendiri.

 

10247229_296324463865548_1928065800825493687_n

 

Persidangan Zionis Antarabangsa Pertama

Idea penubuhan negara khas Yahudi telah dipelopori oleh Theodor Herzl, seorang warga Hungary yang merupakan pengasas fahaman Neo-Zionisme. Idea tersebut telah dibukukan dalam sebuah buku bertajuk Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada tahun 1896.

Theodor Herzl berjaya menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) dan membuat persidangan pertama pada 29-31 Ogos 1897 di Basel, Switzerland. Pada hari kedua persidangan suatu kata putus telah dicapai :

“Zionisme bertujuan untuk menubuhkan rumah orang-orang Yahudi di Palestin yang dijamin di bawah undang-undang awam.”

Maka bermulalah langkah gerakan Zionis dalam usaha membentuk sebuah Negara Yahudi di Palestin.

Theodor Herzl pernah menulis dalam diarinya bertarikh 1 September 1897 :

“At Basel I founded the Jewish State. If I said this out loud today I would be greeted by universal laughter. In five years perhaps, and certainly in fifty years, everyone will perceive it.”

 

10175012_296673550497306_5389921209098396222_n

 

Cubaan membeli tanah Palestin dari Khalifah

Pada tahun 1901 Theodor Herzl telah menghantar seorang wakil bernama Lewinsky kepada Sultan Abdul Hamid II untuk mendesak baginda menjual tanah Palestin, namun telah ditolak secara keras oleh baginda. Sultan Abdul Hamid II berkata :

“Aku tidak akan menjual walau seinci dari tanah ini (Palestin), kerana tanah ini bukan milikku tetapi milik umat Islam, mereka telah membayar tanah ini dengan darah mereka, dan kami akan menebus tanah ini dengan darah kami.”

Theodor Herzl sekali lagi cuba berunding dengan pergi sendiri menghadap sultan pada tahun 1902, dengan melakukan beberapa tawaran iaitu :

1. Memberi 150 juta pound sterling Inggeris khusus untuk Sultan.
2. Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyyah yang mencapai 33 juta pound sterling Inggeris.
3. Membangun kapal induk untuk menjaga pemerintah dengan biaya 120 juta frank.
4. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.
5. Membangun Universiti Uthmaniyyah di Palestin.

Tawaran itu turut ditolak oleh Sultan Abdul Hamid II dengan jawapan :

“Jika engkau mahu membeli Palestin, ketahuilah harganya adalah seluruh darah umat Islam.”

Theodor Herzl meneruskan usaha jahatnya itu dengan membuat rundingan dengan pelbagai pihak, antaranya adalah raja German, satu-satunya rakan pakatan Kerajaan Uthmaniyyah, yahudi Zionis ini juga berjaya menghasut pemimpin-pemimpin dalaman Uthmaniyyah sehingga berlakunya penggulingan khilafah secara sempurna pada 1924.

 

10177988_298297040334957_6482134319526841462_n

 

Deklarasi Balfour 1917

Deklarasi Balfour merupakan sebuah surat bertarikh 2 November 1917 daripada Setiausaha Luar British Arthur James Balfour kepada pemimpin Yahudi British Lord Rothschild untuk dikirimkan kepada Persekutuan Zionis British dan Ireland.

Surat ini menggambarkan kedudukan yang diambil oleh Kabinet British seperti yang dipersetujui semasa mesyuarat pada 31 Oktober 1917. Ia juga menyatakan deklarasi ini sebagai isyarat “simpati kepada aspirasi Zionis Yahudi.”

Deklarasi ini kemudiannya disiarkan secara umum pada 9 November 1917 dan menjadi kenyataan rasmi dasar kerajaan British menyokong penubuhan negara orang Yahudi di Palestin.

Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.

 

10300205_298297137001614_6513848288875045528_n

 

Holocaust dan kedatangan Yahudi ke Palestin

Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada Perang Dunia Kedua. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina negara Israel dan kemudiannya Israel Raya.

Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Seterusnya menjadikan perubahan demografi buat tanah Palestin di mana pada asalnya seramai 55,000 orang yahudi meningkat mendadak kepada 646,000 orang Yahudi pada tahun 1948.

Akhirnya, kebanyakan dari pendatang Yahudi adalah di perlukan untuk berkhidmat menjadi tentera tentera underground seperti Haganah, Irgun dan Stern yang di tugaskan untuk memusnahkan kampung kampung penduduk asal Palestin bagi memudahkan laluan untuk membina sebuah Negara Israel.

 

Declaration_of_State_of_Israel_1948

 

Penubuhan negara haram Israel

Penubuhan sebuah negara untuk Yahudi di Palestin disokong penuh oleh kerajaan British dan PBB. Pada 29 November 1947 sidang pleno PBB telah mengeluarkan ‘ketetapan 181’ yang mengakibatkan 2/3 tanah negara Palestin telah dibahagikan kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Kesan peristiwa ini menyebabkan penduduk Palestin terus dinafikan hak untuk bersuara. Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya.

Akhirnya pada 14 Mei 1948 yahudi Zionis dengan angkuhnya telah membuat pengumuman penubuhan negara Israel dan secara rasminya pada 15 Mei 1948 negara haram Israel telah diisytiharkan. British telah mengundurkan tenteranya dari Palestin selepas pengisytiharan itu berlaku.

Kesan dari penubuhan ini ialah pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak kejam mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu lebih kurang 800,000 ke luar negara manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Inilah yang disebut sebagai Nakbah atau Malapetaka Palestin.

Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts