PM ajak umat Islam luang masa baca, fahami inti pati al-Quran

 

KUALA LUMPUR – Bersempena Nuzul al-Quran 1442 Hijrah hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam meluangkan lebih banyak masa membaca dan memahami inti pati al-Quran yang antara lain menyarankan amal soleh.

Perdana Menteri dalam hantaran menerusi akaun Facebook rasmi beliau turut mengajak umat Islam bersama-sama menghayati hikmah yang terkandung dalam peristiwa itu dan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.

“al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk menjadi ikutan kepada umat Islam. al-Quran merupakan sumber ilmu, hidayah serta panduan untuk kita menjalani kehidupan di dunia.

“Membaca, mengamal dan menyebarkan kandungan al-Quran untuk manfaat manusia adalah tanda kita mencintai al-Quran,” katanya.

Tarikh 17 Ramadan adalah hari Nuzul al-Quran, iaitu hari memperingati peristiwa kitab suci bagi umat Islam diturunkan kepada umat manusia.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengambil kesempatan mendoakan semoga umat Islam di negara ini khasnya dan di seluruh dunia dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
17
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts