COLOGNE– Sebuah lagi masjid di bandar Duisburg, Jerman menerima sepucuk surat berbentuk ancaman yang mengandungi kenyataan berbaur Islamophobia dan perkauman.

Surat yang tidak dinamakan itu dihantar ke Masjid Muradiye, dengan kandungannya menghina rakyat Turki serta orang Islam. 

Ketua Pentadbir Masjid Muradiye, Ramazan Ceylan berkata, ia adalah surat ancaman ketiga yang diterima. 

“Kami menjalankan kegiatan dalam kerangka tanggungjawab sosial dan berusaha untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat di Jerman. 

“Ini adalah kali ketiga, pelaku surat kebencian sebelum ini juga masih belum dikenal pasti,” katanya. 

Masjid Muradiye dikendalikan oleh kumpulan muslim-Turki (DITIB). 

Sebelum ini, Masjid Aqsa – yang turut dikendali oleh DITIB – di bandar Hufingen turut menerima surat ancaman sama pada minggu lalu. 

Surat berkenaan menyebut bahawa Islam bukan untuk Jerman mahupun Eropah, selain mengugut akan menghapuskan Islam dari negara berkenaan.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)