Aman Palestin bantu mangsa kekejaman Israel di Gaza

 

GAZA – Aman Palestin yang bekerjasama dengan Assalama Charitable Society, menziarahi penduduk Palestin, yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis di Hospital Gaza.

Penyelaras Media Aman Palestin di Gaza, Hamza Deirawi, berkata pertembungan di antara penduduk Palestin dengan tentera Israel berlaku di zon penampan Gaza, selain serangan udara pesawat rejim itu berlaku sejak Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Sehingga hari ini, pertempuran meragut empat nyawa penduduk Palestin di Gaza, manakala 210 orang lagi cedera di sini. Jumlah keseluruhan kecederaan penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat kini sudah melebihi 1,250 orang.

“Sebanyak 34 mangsa masih dalam rawatan di Hospital Gaza menunggu giliran untuk menjalani pembedahan. Dua daripada mangsa yang cedera masih kritikal dalam Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya menerusi kenyataan media selepas lawatan itu yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Gaza, Omar Seyam.

Hamza berkata, dalam lawatan itu juga, Aman Palestin dan Assalama Charitable Society menyumbang peralatan untuk digunakan mereka yang tercedera dan pesakit hospital terbabit.

“Antara peralatan itu ialah kerusi roda, tongkat, lampin pakai buang, bekalan ubat-ubatan dan peti rawatan kecemasan.

“Sekiranya situasi semakin buruk, kita jangkakan peningkatan jumlah mangsa yang tercedera sekaligus menambahkan keperluan bekalan perubatan,” katanya.

Hamza berkata, pihaknya berharap Malaysia akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin yang sedang berdepan pelbagai ancaman di wilayah terbabit.

Katanya, maklumat lanjut mengenai sumbangan yang mahu dihulurkan kepada penduduk Palestin boleh disampaikan dengan menghubungi Aman Palestin Malaysia, www.amanpalestin.net. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

Salurkan sumbangan kepada rakyat Palestin melalui Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Atau klik link ini http://billplz.com/jommenyumbang

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts