‘Amiel nak tolong ibu, ayah masuk syurga’

 

BANGI – “Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa”. Demikian antara catatan menyentuh hati yang ditulis Amiel Asyraf Abdul Rashid kepada ibu bapanya sehari sebelum tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Pelajar berusia 11 tahun itu menyampaikan sekeping surat tulisan tangannya kepada ibu bapanya yang datang melawat.

Menerusi catatan berkenaan, Ameil memohon maaf kepada kedua ibu bapanya dan meluahkan rasa sayang terhadap mereka.

“Ibu dan ayah Amiel minta maaf kalau ada buat salah apa-apa. Ibu ayah Amiel sayangkan ibu dan ayah. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga Amiel selama ini.

“Amiel tak tahu macam nak balas jasa budi ayah dan ibu hanya ini saja yang Amiel mampu masuk ke tahfiz untuk menolong ibu dan ayah untuk masuk ke syurga Firdaus.”

Ibu mangsa, Norhayati Khalid,42, berkata beliau menerima panggilan pada jam 6 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar.

“Sebelum ini anak saya bersekolah di Kelantan, tetapi saya pindahkan dia ke sini supaya lebih dekat dengan keluarga,” katanya.

23 pelajar dan dua guru antara mangsa yang terkorban dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi.

Mayat pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan ditemui dalam keadaan rentung dan bertindih di bilik asrama, manakala beberapa lagi terselamat selepas keluar menerusi tingkap. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts