Kerjasama HUAWEI, syarikat terkemuka perkasa platform kewangan halal dan syariah negara

HUAWEI Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan dua syarikat terkemuka Aladdin Group dan Orpheus Capital Sdn Bhd bagi membangunkan platform sosial dagang dan platform fintech patuh syariah. 

Pengurus Pembangunan Perniagaan, Unit Business Cloud, HUAWEI Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, Mu’izz Nasruddin berkata, kedua-dua syarikat ini memainkan peranan penting dalam kolaborasi ini. 

Tambah Mu’izz, Aladdin Group bertanggungjawab mengembangkan dan membangun jaringan perkhidmatan teknologi untuk tujuan mewujudkan platform perdagangan sosial yang berfokus pada pasaran Halal global. 

Sebagai syarikat teknologi yang mengkhususkan diri dalam segmen Halal dan tulen, Aladdin Group berfungsi sebagai perantara untuk mengakses ruang pasaran bagi pengguna Muslim dan bukan Muslim.

Syarikat ini adalah antara syarikat perdagangan sosial pertama yang berdedikasi untuk pasaran pengguna Halal, menggabungkan teknologi runcit terkini dengan tadbir urus yang terbaik dan jaminan produk.

Keupayaan sinergi unik antara Huawei dan Aladdin Group akan memanfaatkan kepakaran dan pengetahuan Huawei yang mendalam dalam infrastruktur digital untuk meningkatkan kemampuan teknologi Aladdin Group sendiri dan memastikan setiap pengguna mendapat pengalaman yang terbaik di platformnya.

Manakala kerjasama antara Orpheus Capital Sdn Bhd adalah untuk mengembangkan platform digital fintech patuh Syariah yang menyediakan pembiayaan yang berpatutan, cepat, dan selamat untuk perniagaan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dengan sokongan teknikal dan teknologi yang diberikan oleh Huawei, Orpheus akan dapat meningkatkan perkhidmatan pembiayaannya kepada PKS. 

Ia akan membuka jalan bagi penciptaan lebih banyak pekerjaan serta peningkatan aliran tunai bagi mereka yang tidak memiliki akses ke perbankan terutama iaitu pemain yang kurang dilayan dan lebih kecil di sepanjang rantaian nilai.

Kepakaran teknologi Huawei juga akan memberi Orpheus sokongan kritikal dan diperlukan dalam menggunakan teknologi terkini seperti pengumpulan dan penangkapan data, Pengenalan Pelanggan Anda Elektronik (e-KYC), pengurangan penipuan, dan Pembelajaran Mesin.

“Melalui kerjasama dengan Aladdin Group dan Orpheus, kami tidak hanya diberi kesempatan untuk membantu Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) tetapi turut menyediakan platform digital untuk membantu mereka meningkatkan pertumbuhan ekonomi digital negara serta daya saing di peringkat ekonomi global,” tambah Mu’izz. 

Kolaborasi ini juga menjadikan HUAWEI sebagai penasihat teknologi bagi menaik taraf infrastruktur platform pembiayaan Orpheus menerusi adaptasi aplikasi Modul teknologi kewangan dengan penggunaan teknologi seperti “Enterprise Intelligence” dan “Machine Learning”. 

Menurut Mu’izz, HUAWEI melihat pertumbuhan sektor halal dan syariah ini sebagai satu peluang untuk membantu memperkukuhkan kedudukan negara sebagai Pusat Digital ASEAN dan juga Pusat Islam ASEAN. 

Melalui rangkaian Aladdin Group di 45 negara, perkhidmatan platform halal ini dapat dipasarkan kepada rakan niaga dan penjual di negara terbabit membolehkan usahawan dan PKS kekal mapan.

Penasihat Aladdin Group, Prof. Dr. Irwandi Jaswir berkata, tiada platform di dunia yang menawarkan perkhidmatan yang memfokuskan kepada produk Halal. 

Oleh yang demikian, Aladdin Group mengambil inisiatif untuk menyediakan platform perdagangan sosial Aladdin1 yang mengkhususkan barangan Halal dan tulen. 

“Melalui platform Aladdin1, pengilang, usahawan, peniaga kecil dan sederhana bakal menikmati pasaran yang lebih luas menjangkau pasaran tempatan. Tidak ketinggalan pengguna juga dapat menikmati kepelbagaian barangan dan perkhidmatan yang Halal dan tulen dalam satu platform sama,”kata Prof. Dr. Irwandi.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Orpheus Capital, Hamudi A Khalid pula berpendapat platform fintech Syariah adalah unik berbanding servis lain.

Platform ini berfungsi sepenuhnya secara digital dimana pengguna tidak perlu lagi melalui proses manual atau berasaskan kertas. Interaksi yang berlaku adalah sangat mudah, cepat dan selamat. 

Ini terbukti lebih pantas dan kos efisien. Sebagai contoh, perjanjian pembiayaan tidak lagi memerlukan pemohon kewangan untuk melantik peguam bagi tujuan penyediaan dokumentasi perjanjian. 

Selain itu, pemarkahan kredit Orpheus adalah unik kerana ia dibangunkan dengan spesifikasi khas yang boleh menawarkan kadar istimewa kepada pemohon yang latar belakangnya dari golongan peniaga wanita, kawasan luar bandar dan sebagainya.

Menurut Hamudi, platform ini adalah berdasarkan teras kewangan Islam dimana struktur pembiayaan dan penawaran disemak oleh Penasihat Syariah bertauliah bagi memastikan produk yang ditawarkan oleh Platform fintech syariah terbukti tidak membebankan serta selamat digunakan oleh pelanggan.

“Platform ini turut melaksanakan kajian keberkesanan terhadap pembiayaan yang diguna pakai oleh pemohon dan antara faktor yang dikaji adalah seperti prestasi ekonomi syarikat, penciptaan pekerjaan, pembangunan sektor swasta dan indikasi sektor. 

“Kajian kes telah dilakukan sebelum ini telah menunjukan impak yang positif di mana penciptaan pekerjaan bagi kaum wanita bertambah serta komuniti PKS yang berada di kawasan luar bandar telah mendapat manfaat penaiktarafan kualiti pekerjaan yang sangat baik,” kata Hamudi. 

Kerjasama ini juga dilihat mendorong pertumbuhan di pasaran Halal yang sudah mantap di Malaysia serta menjadi salah satu misi berterusan buat HUAWEI untuk membantu perniagaan tempatan meningkatkan sumbangan mereka terhadap pertumbuhan ekonomi digital negara, serta daya saing mereka dalam ekonomi global.- My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Kaifiat solat sunat gerhana bulan

  SOLAT SUNAT GERHANA BULAN  Lafaz niat: أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى  “Sahaja aku solat sunat gerhana…