Pejabat JKM daerah jadi pusat pengumpulan sumbangan

 

PUTRAJAYA — Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah akan dijadikan pusat pengumpulan bekalan makanan yang disumbangkan oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bertujuan mengurangkan pergerakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak tersebut.

“Banyak NGO yang tampil ke depan dengan menghantar makanan dari rumah ke rumah dan pihak kerajaan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka.

 

 

“Walaupun begitu, bagi mengurangkan pergerakan sewaktu PKP, kita tidak boleh membenarkan mereka (NGO) keluar sewenang-wenangnya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Justeru, kerajaan menasihatkan pihak NGO supaya menghantar bekalan makanan yang ingin disumbangkan ke JKM di setiap daerah.

Ismail Sabri menjelaskan bekalan makanan dan sumbangan itu pula akan diedarkan oleh pihak RELA dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada golongan sasaran. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts