Anak Melayu pecahkan monopoli pelajar Jepun

BANGI, 16 Syaaban 1438H, Sabtu – Anak Melayu sekali lagi melakar sejarah selepas memecahkan monopoli pelajar Jepun apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Presiden Universiti Teknologi Tokyo (TUT) kampus Hachioji.

Kajian penambahbaikan, meningkatkan keupayaan dan kelajuan jalur lebar di Malaysia menjadi taruhan pelajar Sarjana Sains Komputer dan Sains Media TUT Adibah Mazwar, 24.

“Kajian selama tiga tahun ini, saya memfokuskan kepada penambahbaikan, meningkatkan keupayaan dan kelajuan jaur lebar di Malaysia supaya mampu diakses secara lebih berkesan.

“Pembangunan kajian ini meliputi dua bahagian utama, iaitu kajian simulasi dan kajian pembangunan litar, selain empat komponen seperti Blok Photo Diode, Blok Trans – Impedance Amplifier, Blok Limiting Amplifier dan Blok Clock and Data Recovery,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Bercerita mengenai cabaran membangunkan kajian itu, Adibah berkata, beliau terpaksa berkorban masa dan tenaga bagi mendalami bidang berkenaan pembacaan serta proses ‘trial and error’.

“Saya terpaksa membahagikan masa untuk membangunkan kajian dan menyiapkan laporan pembentangan kerana pada masa sama perlu menghadiri kelas, menyiapkan tugasan diberi pensyarah dan kertas kerja persidangan.

“Alhamdulillah dengan komitmen penyelia yang sangat membantu dan sokongan universitu, selain kemudahan makmal berteknologi tinggi, saya mampu membangunkan kajian ini dengan baik,” katanya.

Anugerah disampaikan Presiden TUT, Dr Isao Karube pada majlis yang diadakan di kampus itu, baru-baru ini.

Ia sekaligus menjadikan anak kelahiran Pahang itu sebagai pelajar asing pertama penerima anugerah berkenaan yang sebelum ini dimonopoli oleh penuntut negara itu.

Anak kepada pasangan tukang jahit dan suri rumah itu fasih berbahasa Melayu, Inggeris, Jepun dan Arab pernah mengikuti program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Selangor (UNISEL) di bahwa program Japanese Association Degree (JAD), Yayasan Pelajaran Mara (YPM) sebelum melanjutkan pengajian ke Jepun.

Sumber : ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts