Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 30

 

BAITULMAQDIS – Angka korban akibat pertempuran antara Israel dan Hamas meningkat kepada 33 orang pada awal Rabu.

Daripada jumlah itu, 30 adalah rakyat Palestin sementara bakinya tentera Israel.

Serangan udara oleh Israel berterusan manakala Hamas membalas dengan menembak roket ke Tel Aviv.

Blok kediaman 13 tingkat di Gaza runtuh selepas beberapa serangan udara.

Rakyat Palestin melaporkan rumah mereka bergegar manakala langit merah menyala akibat serangan berterusan Israel.

Ratusan roket dilancarkan Hamas juga menyebabkan warga Israel mencari perlindungan di komuniti lebih selamat.

Bagi Israel, sasaran terhadap Tel Aviv menimbulkan ketegangan baharu dalam konfrontasi dengan Hamas yang dianggap organisasi pengganas oleh Zionis dan Amerika Syarikat.

Pertempuran itu berlaku susulan keganasan di Baitulmuqaddis oleh tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa, salah satu tempat suci bagi umat Islam, Jumaat lalu.

Pengusiran keluarga-keluarga Palestin dari rumah mereka di wilayah timur Baitulmuqaddis oleh Israel memburukkan ketegangan sedia ada.

Sehingga kini, baik Israel mahupun Hamas enggan mengalah, sebaliknya saling berbalas serangan.- Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts