Sumber rezeki perlulah halal dan berkat

SHAH ALAM – Ketua keluarga wajib menyediakan keperluan ahli keluarganya sama ada makanan mahu pun barangan daripada sumber halal, berkat dan mengikut landasan agama Islam.

Pengetua Sekolah Setiabudi, Yantie Ruyani Che Mohd Nizan berkata, rezeki diperoleh daripada sumber haram seperti rasuah adalah hasil yang tidak berkat.

Menurutnya, apabila tiada keberkatan terhadap sumber pendapatan yang digunakan untuk memberi makan keluarga dan makanan tersebut menjadi darah daging, kehidupan akan menjadi tidak harmoni.

“Hati mereka tidak akan tenang kerana diselubungi oleh dosa rasuah yang dibuat, bahkan doa juga tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

“Keadaan ini sekali gus menyebabkan hubungan kekeluargaan tidak aman dan membawa kepada masalah-masalah lain dalam hidup.

“Justeru, kita perlulah mencari rezeki daripada sumber yang halal, mengikut landasan agama, beretika dan bermoral,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Yantie Ruyani menegaskan, individu yang mengamalkan rasuah sama ada si pelaku atau penerima disifatkan sebagai tidak jujur, tidak berintegriti dan tidak amanah.

Katanya, kebiasaannya golongan bawahan yang tidak mempunyai kuasa, jawatan besar mahupun wang akan menerima kesan akibat perbuatan terkutuk itu.


“Peluang mereka akan sedikit tertutup apabila hak-hak mereka dinafikan dengan sebab memberi peluang kepada mereka yang lain (pemberi rasuah),” katanya.-Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts