Dr Zakir Naik wajar diberi kerakyatan kerana teladan dakwah yang bijaksana

 

BANGI – Pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik wajar diberi kerakyatan kerana jasa-jasanya dalam menyebarkan Islam, kata Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.

Dr Zakir Naik yang merupakan pakar perbandingan agama itu juga, katanya, mesra dalam perdebatan dengan pendekatan yang sederhana serta menggunakan dialog sebagai medium untuk berdakwah.

Ustaz Hazizi turut menyifatkan beliau sebagai model kepada dakwah ‘bilhikmah wal mauizotul hasanah’

Sementara itu, ketika mengulas mengenai beberapa pihak yang tidak senang duduk dengan pendakwah yang berasal dari India itu, beliau berkata, ia membuktikan mereka memiliki cara pemikiran yang kolot.

“Mengeluarkan seruan-seruan sedemikian membuktikan pemikiran mereka yang kolot, hati yang tidak sihat dan pandangan mata yang kabur terhadap kebenaran,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa Kerajaan untuk membatalkan visa yang diberikan kepada pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

Majlis itu mendakwa, Dr Zakir sebagai individu yang sangat provokatif untuk masyarakat bukan Islam.

Sebelum ini juga, 19 aktivis liberal termasuk Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy bersama ADUN Bingkor, Jeffrey Kitingan dan Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee memfailkan tuntutan terhadap Dr Zakir Naik.

Mereka memohon satu perintah bagi Ketua Polis Negara untuk segera menangkap Dr Zakir Naik, juga membatalkan status tokoh agama itu sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, termasuk perintah mengusirnya dengan segera dari negara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts