Pengusaha bukan muslim guna identiti Islam perlu diambil tindakan tegas

 

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas perlu diambil terhadap pengusaha restoran bukan muslim yang mempergunakan ayat al-Quran untuk menarik pelanggan Islam datang ke kedai mereka.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu sebenarnya memberi imej buruk kepada restoran India muslim (mamak) yang menjalankan perniagaan dengan betul.

“Pengusaha restoran bukan muslim dengan sengaja menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan dengan menamakan kedai mereka dengan nama-nama Islam.

“Tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa kepada mereka. Perkara ini melibatkan soal makanan halal amat penting buat umat Islam,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Memetik laporan Bernama, isu pengusaha bukan Islam membuka restoran ‘mamak’ tular dalam media sosial susulan insiden seorang pekerja restoran di Seksyen 25 Shah Alam ditampar selepas menegur seorang lelaki yang merokok di dalam premis berkenaan.

Bagaimanapun, status sebenar pemilik restoran itu yang bukan beragama Islam terbongkar susulan insiden berkenaan, sehingga menyebabkan pengguna media sosial membangkitkan persoalan terhadap status halal restoran ‘mamak’ yang menggunakan nama Islam.

Pada masa sama, orang ramai turut mempersoal tulisan jawi pada papan tanda restoran, serta beberapa ayat al-Quran yang tergantung di premis itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts