Arab Saudi tawar permit umrah kepada warga berusia 12-18 tahun lengkap 2 dos vaksin

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengesahkan bahawa jemaah tempatan berusia 12 hingga 18 tahun boleh memperoleh permit umrah sekiranya mereka telah menerima dua dos vaksin.

Pengumuman itu disusuli dengan perasmian musim umrah 2021 pada 10 Ogos.

Lebih daripada 13,000 permit dikeluarkan untuk kumpulan umur ini, yang membolehkan mereka menunaikan umrah dan mengunjungi Masjid Nabawi.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdul-Fattah bin Suleiman Mashat berkata, permit umrah dikeluarkan menerusi aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna, dengan sistem perkhidmatan bersepadu dan langkah-langkah pencegahan yang menjamin keselamatan dan kesihatan mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah.

Katanya, kementerian bekerjasama dengan pihak berkuasa lain sebelum musim umrah tahun ini bagi mewujudkan mekanisme eksekutif dan persekitaran yang selamat untuk jemaah.

Beliau menegaskan mengenai keperluan mematuhi prosedur kesihatan yang ditetapkan oleh kementerian bagi memastikan keselamatan jemaah dan pekerja serta untuk mencegah penyebaran coronavirus.

“Permit umrah mesti diperoleh melalui permohonan Eatmarna dan Tawakkalna,” katanya. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts