Arak: Tiada istilah selamat walaupun hanya secawan

 

BANGI – Tiada istilah selamat bagi mana-mana individu yang mengambil alkohol walaupun dalam jumlah kecil kerana ia tetap menyumbang kepada sifat ketagihan mental, kata Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof Dr Azizi Ayob.

Beliau berkata, dalam perubatan, alkohol boleh merembeskan hormon tertentu seperti endorfin yang mendorong individu untuk mengambil arak berulang kali.

Katanya lagi, disebabkan itu sesetengah negara tidak membenarkan rakyat mengambil arak jika memandu, walaupun hanya secawan kerana terdedah kepada risiko kemalangan.

“Bahkan, larangan itu juga bukan hanya kepada pemandu sahaja, tetapi juga penumpang kenderaan kerana keadaan mabuk juga akan mempengaruhi pemandu dan membawa kepada kemalangan,” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan temu bual Analisis di TV Al-Hijrah, malam ini.

Mengulas lanjut, Dr Azizi menjelaskan, arak mempunyai tiga kategori berbeza bergantung jumlah kepekatan alkohol dalam minuman yang disediakan.

 

 

“Sepert beer, ia dijual secara mudah tanpa perlu lesen kerana di Malaysia juga dibenarkan dijual dalam tin, di mana alkoholnya tiga hingga enam peratus.

“Kedua adalah wine, di mana penjualannya memerlukan lesen daripada PBT (pihak berkuasa tempatan) kerana kandungan alkoholnya 11 hingga 14 peratus.

“Ketiga adalah liqour, di mana jika diambil 10ml (mililiter) separuh daripada itu adalah kandungan alkohol. Bermakna, kepekatannya sangat tinggi,” katanya.

Oleh kerana itu, Dr Azizi berkata, berlaku isu di mana 32 orang maut akibat minum arak murah dan tanpa jenama tahun lalu, disebabkan oleh kandungan alkohol yang terlalu tinggi sehingga membunuh.

“Sehinggakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kematian paling tinggi berlaku di Malaysia akibat daripada minum arak,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts