COVID-19: Masjid Al-Aqsa ditutup

 

BAITULMAQDIS – Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock akan ditutup pintunya sebagai langkah berjaga-jaga mencegah penyebaran COVID-19, kata pihak berkuasa agama Islam hari ini.

Bagaimanapun umat Islam masih dibenarkan solat di di perkarangan kompleks yang menjadi antara tiga tapak paling suci agama Islam itu.

“Jabatan Waqaf Islam memutuskan untuk menutup kawasan solat di dalam di Masjid Al-Aqsa yang diberkati sehingga notis selanjutnya sebagai langkah perlindungan untuk mencegah penyebaran coronavirus.

“Semua ibadah solat akan diadakan di kawasan terbuka masjid,” kata Pengarah Masjid Al-Aqsa, Omar Kiswani kepada Reuters.

Semalam, Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama mengarahkan masjid dan gereja ditutup di semua wilayah Palestin yang diduduki sehingga diberitahu kelak sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung coronavirus.

 

 

Masjid di seluruh Tebing Barat menyeru umat Islam melaksanakan solat harian di rumah daripada di masjid, bertujuan untuk menyekat perhimpunan orang ramai.

Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Ibrahim Melhem berkata, tiga lagi kes coronavirus disahkan di Tebing Barat yang diduduki pada hari Sabtu, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 38 orang.

Pegawai Palestin mengesahkan kes pertama di Bethlehem pada 5 Mac, kemudiannya mengisytiharkan darurat serta menutup Gereja Nativity di Bethlehem, sementara tentara Israel menutup bandar itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
0193357019 (Ustaz Nu’man)

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts