AS beri lampu hijau rejim Zionis ceroboh bumi Palestin

 

BAITULMAQDIS – Palestin mengecam dan mengkritik kerajaan Amerika Syarikat (AS) kerana menjadi dalang dengan memberi lampu hijau kepada rejim pengganas Israel untuk melakukan apa sahaja di bumi Palestin.

Menteri Luar Palestin, Riyad Maliki berkata, pencerobohan bumi Palestin, khususnya ke atas tanah milik rakyat Palestin sewenang-wenangnya oleh rejim Zionis, dilakukan dengan restu AS.

Mengulas keputusan rejim pengganas Israel untuk membina 1,000 unit kediaman baharu Yahudi di tanah yang diceroboh di Tebing Barat, beliau berkata, tindakan itu berikutan keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim berkenaan.

Bercakap di Radio Suara Palestin, Riyad Maliki berkata, Tel Aviv mengumumkan rancangannya membina 1,285 unit kediaman baharu di Tebing Barat.

Katanya, keputusan rejim itu juga adalah hasil daripada kegagalan komuniti antarabangsa untuk menghalang rejim Zionis daripada berbuat sesuka hati di bumi Palestin, terutama membina penempatan baharu di tanah rakyat Palestin yang dirampas.

Beliau dipetik sebagai berkata, komuniti antarabangsa takut untuk menetapkan pendirian berhubung pembinaan penempatan haram itu, yang melanggar undang-undang antarabangsa, berikutan ugutan dibuat oleh pentadbiran Trump baru-baru ini.

“Kepemimpinan Palestin sudah tidak boleh bergantung kepada sesiapa lagi. Sebaliknya akan terus berjuang melawan tindak-tanduk Israel yang berterusan menerusi politik, diplomatik dan undang-undang,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts