home Semasa AS beri semula bantuan kepada rakyat Palestin

AS beri semula bantuan kepada rakyat Palestin

 

WASHINGTON– Pentadbiran Biden akan memberikan bantuan AS$235 juta kepada rakyat Palestin, pemberian semula dana untuk agensi PBB yang menyokong pelarian.

Tindakan itu juga didakwa bagi memulihkan bantuan lain yang dipotong oleh Presiden Donald Trump sebelum ini.

Pakej itu termasuk bantuan kemanusiaan, ekonomi dan pembangunan, telah diperincikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki hubungan AS dengan Palestin yang runtuh ketika pemerintahan Trump.

Ini menandakan langkah Presiden Demokrat Joe Biden yang paling penting sejak memegang jawatan itu pada 20 Januari untuk mengotakan janji beliau bagi mengembalikan beberapa bahagian pendekatan pendahulunya dari Republikan – yang dikecam oleh rakyat Palestin sebagai berat sebelah susulan memihak kepada Israel.

Pelan itu memerlukan AS$150 juta menerusi agensi bantuan PBB UNRWA, AS$75 juta bantuan ekonomi dan pembangunan dan AS$10 juta untuk program pembangunan perdamaian, kata Blinken dalam satu kenyataan.

Selain itu, pembantu Biden juga memberi isyarat bahawa mereka mahu menetapkan semula matlamat penyelesaian dua negara yang dirunding sebagai keutamaan dalam dasar AS mengenai konflik Israel-Palestin.

Terdahulu, pentadbiran Trump menyekat hampir semua bantuan setelah memutuskan hubungan dengan Pihak Berkuasa Palestin pada tahun 2018.

Pemotongan itu berlaku selepas para pemimpin Palestin memutuskan untuk memboikot usaha perdamaian pemerintahan Trump kerana mengiktiraf Baitulmadis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaan AS ke sana dari Tel Aviv, menaikkan dasar AS selama beberapa dekad.

Ini termasuk membatalkan dana untuk Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin PBB (UNRWA) – yang memberikan perkhidmatan dan bantuan kepada sekitar 5.7 juta pelarian Palestin yang berdaftar di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan seluruh Timur Tengah. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “AS beri semula bantuan kepada rakyat Palestin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *