Fahaman liberal: Tak adil tuduh majlis agama Islam ‘peluk tubuh’

 

BANGI– Tidak adil untuk mengatakan majlis agama Islam negeri ‘berpeluk tubuh’, sedangkan pelbagai aktiviti dilaksana meskipun dengan peruntukan terhad.

Demikian tegas Setiausaha Agong Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Mahmud Hishamuddin sebagai menepis dakwaan laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu yang mendakwa, institusi agama dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tidak bertindak dalam mengekang penularan fahaman liberal yang bercanggah dengan agama Islam.

Akhbar berkenaan turut mengkategorikan Lembah Klang pada kedudukan antara yang paling aktif dengan kegiatan ajaran sesat termasuk fahaman liberalisme.

Mahmud berkata, ‘sumber’ akhbar harus faham kawasan Lembah Klang adalah lokasi paling strategik bagi ajaran sesat menapak dan menyebarkan ideologi mereka dengan logistik serta kemudahan sekeliling yang jauh lebih baik daripada negeri-negeri lain.

“Dengan segala ibu pejabat dan segala markas berkumpul di Selangor maka negeri ini menjadi pilihan terbaik.

“Bukan kerana berpeluk tubuh tetapi kerana bilangan yang sedikit perlu memantau jumlah yang terlalu ramai dan bertebaran di segenap ceruk dalam negeri!,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mahmud percaya, kemungkinan sumber berkenaan tidak terlibat secara langsung dalam program-program yang dijalankan oleh majlis agama Islam terutamanya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam menangani pelbagai fahaman sesat khususnya di Lembah Klang.

“Terdapat beberapa pertubuhan Islam bukan kerajaan terlibat sama dalam membantu MAIS dan MAIWP baik daripada segi pencerahan dan pemantauan dengan memberi laporan serta maklumat dari semasa ke semasa jika ada individu atau kumpulan tertentu yang mencurigakan.

“… yang didapati menjalankan aktiviti pelik seperti memberi ceramah dan syarahan yang bertentangan dengan naratif akidah Ahlu al-Sunnah wal-Jamaah yang dianggap bercanggah dengan fatwa rasmi negeri, peruntukan enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan termasuk Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sehubungan itu, MUAFAKAT mengesyorkan ‘sumber’ dijemput turut serta bersama MAIS dan PIBK untuk mendapatkan gambaran apa sebenarnya yang berlaku.

“… dan turut bersama-sama menggalas tanggungjawab menangani fahaman liberalisme yang sesat dan menyeleweng ini daripada sudut penyebaran fahaman Islam yang tulen lagi benar,” katanya.-Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts